Sistem Undian Dominion membantah dakwaan bahawa mereka bersikap berat sebelah terhadap pegawai Demokrat semasa hari pilihan raya 3 November lalu, termasuklah tuduhan mengenai serangan pada server di Jerman serta hubungan dengan Senator Dianne Feinstein.

Walau bagaimanapun, mereka mengakui bahawa terdapat sumbangan yang diberikan kepada Yayasan Clinton, dikendalikan oleh Bill dan Hillary Clinton, selain tidak membantah mengenai bekas kakitangan Speaker Dewan Negara, Nancy Pelosi yang dilantik menjadi pelobi.

Dalam pernyataan minggu lalu, penyedia sistem pengundian berpangkalan di Colorado itu membantah bahawa ia mempunyai hubungan dengan Smartmatic – pembuat perisian pengundian yang lain.

Tetapi mereka tidak menolak hakikat kedua-dua syarikat tersebut bekerjasama di Filipina dan mengatakan bahawa mereka telah membeli beberapa aset daripada syarikat berkait dengan Smartmatic, Sequoia kira-kira 10 tahun lalu.

Beberapa pegawai kempen Trump juga membuat tuntutan dalam wawancara baru-baru ini mengenai kaitan Smartmatic dengan Dominion.

Dominion semenjak pilihan raya lalu telah menjadi kontroversi setelah daerah Antrim, Michigan menunjukkan Joe Biden menewaskan Donald Trump sebelum keputusan itu dikembalikan semula, dengan pegawai daerah mengatakan kesalahan itu disebabkan oleh pegawai daerah tidak mengemas kini perisian

Firma itu mengesahkan bahawa ia membuat sumbangan semasa perjumpaan Clinton Global Initiative (CGI) pada tahun 2014, namun menegaskan bahawa ia tidak mempunyai hubungan pemilikan syarikat dengan ahli keluarga Pelosi, Feinstein atau CGI, Smartmatic, Scytl dan juga Venezuela.

Menurut pernyataan mengenai sumbangan itu, firma itu memetik laporan Associated Press, “Dominion melakukan komitmen dermawan satu kali pada pertemuan CGI tahun 2014 tetapi Yayasan Clinton tidak memiliki kepentingan atau keterlibatan dengan operasi Dominion”.

Pekerja pengundian mengendalikan kertas undi awal dan ‘absentee’ di bangunan Perbandaran Kenosha pada hari pilihan raya pada 3 November 2020, di Kenosha, Wisconsin/AP

“Pertemuan itu juga merangkumi para hadirin bipartisan yang memfokuskan kepada pembangunan demokrasi antarabangsa”.

Menurut pendedahan umum, Dominion dikaitkan dengan laporan AP yang menyatakan bahawa bekas Ketua Kakitangan Pelosi, Nadeam Elshami adalah sebahagian daripada pasukan pelobi yang mewakili Dominion.

Ia termasuklah Brian Wild yang dikira Republikan seperti bekas Speaker Dewan, John Boehner dan bekas Naib Presiden, Dick Cheney iaitu antara bos-bosnya terdahulu.

Peguam kempen Trump, Sidney Powell pada hujung minggu menuduh bahawa Smartmatic dan Dominion digunakan untuk menyokong Biden mengatasi Trump.

“Kami bersedia untuk membatalkan keputusan pilihan raya di beberapa negeri”, kata Powell di Fox Business, sambil menambahkan bahawa dia memiliki bukti yang cukup mengenai penipuan pilihan raya untuk melancarkan penyelidikan jenayah yang meluas.

“Saya tidak membuat komen tanpa bukti untuk menyokongnya. Mereka dapat memasukkan thumb drive di mesin (pengundian). Mereka dapat memuat naik perisian ke dalamnya bahkan daripada internet.. dari Jerman atau Venezuela”, kata Powell.

Beliau menambah bahawa operasi dapat melihat undian serta dapat mengubah undian secara ‘real-time’ atau pelaku jahat yang boleh mengakses apa sahaja.

“Kami telah mengenal pasti matematik algoritma yang mereka gunakan, di mana ia dirancang untuk digunakan sejak awal untuk menukar undi kepada Biden”, kata Powell.

Dominion tidak memberikan sebarang respon terhadap permintaan komen mengenai dakwaan Powell.

Pernyataan Dominion juga menegaskan bahawa dakwaan mengenai penipuan undi tersebut adalah konspirasi dan 100% palsu. Firma berkenaan turut memetik Agensi Keselamatan Siber AS dan Infrastructure Security Agency (CISA),yang menyebut bahawa pilihan raya 2020 adalah yang ‘paling selamat dalam sejarah Amerika’.

Agensi itu walau bagaimanapun gagal mendedahkan bahawa Sistem Undian Dominion adalah anggota Majlis Penyelaras Sektor Infrastruktur Pilihan Raya CISA.

Sementara itu, Smartmatic dalam satu kenyataan mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai hubungan dengan Dominion.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular