Haiwan merupakan makhluk yang melengkapi kehidupan di muka bumi ini, di samping manusia, tumbuhan dan juga unsur-unsur yang lain.

Dan jika anda berhadapan dengan haiwan yang ditimpa kesusahan, apa agaknya tindakan anda? Sanggupkah anda membantu mereka?

Seperti sekumpulan lelaki ini yang dilihat sedang menaiki bot. Dengan tidak semena-mena, mereka ternampak seekor monyet yang sedang berenang.

am730/Facebook

Tidak dapat dipastikan pula daripada manakah agaknya monyet berkenaan namun berkemungkinan monyet itu sudah keletihan berenang di dalam sungai.

Atas rasa simpati dan belas ihsan, salah seorang daripada lelaki berkenaan bertindak dengan menghulurkan pendayung bagi membolehkan monyet itu berpaut padanya.

“Mari kita pergi. Cuba bertahan ya”, kata lelaki itu pada monyet terbabit dan monyet itu juga diam seolah-olah memahami apa yang diperkatakan.

am730/Facebook

Dengan bantuan manusia berjiwa murni terbabit, maka dapatlah monyet tersebut berehat seketika. Tidak perlulah berenang..

Begitulah resam kehidupan, kadang kala kita diuji dengan situasi sukar orang lain bahkan haiwan. Sanggupkah kita menghulurkan bantuan tatkala ada yang memerlukan?

Tonton video penuh di bawah :

am730/Facebook

Lebih-lebih lagi haiwan, yang langsung tidak mempunyai akal dan kewarasan untuk berfikir. Mereka sentiasa memerlukan belas ihsan daripada manusia.

Oleh yang demikian, sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran, seeloknya kita cuba membantu mereka ini. Mana tahu, suatu hari nanti kita pula yang dibantu mereka, bukan?

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular