Rakan yang baik tidak akan membenarkan rakannya melakukan sesuatu perkara yang kurang bijak dan sia-sia. Itulah gunakanya rakan, bukan?

Ternyata bukan manusia sahaja sebegitu kerana haiwan juga nampaknya mengalami perkara yang sama, misalnya kucing nakal dan rakannya, dua ekor anjing ini.

Meowed/Facebook

Melihat kepada kenakalan rakan mereka, iaitu seekor kucing bernama Little Bao, dua ekor anjing daripada baka Golden Retriever ini dilihat seperti penjaganya.

Ya, penjaga yang sangat boleh diharap! Kedua-dua ekor anjing bijak itu tidak teragak-agak untuk bertindak sekiranya Little Bao melakukan sesuatu yang kurang bijak.

Meowed/Facebook

Misalnya kita dapat lihat apabila Little Bao ‘mencari pasal’ dengan seekor kucing yang lain. Mahu bergaduh pula, nasib baiklah rakan anjing mereka yang setia itu ada.

Habis Little Bao ditarik masuk ke dalam premis oleh anjing bertanggungjawab itu.. Itulah, jangan tahu bergaduh saja Little Bao!

Disebabkan saiz badan Little Bao yang jauh lebih kecil berbanding rakannya, maka agak mudah untuk anjing tersebut menariknya masuk.

Meowed/Facebook

Tetapi Little Bao tidak mudah mengaku kalah. Sekali lagi kucing nakal itu keluar untuk bertemu musuhnya. Tetapi, rakan anjingnya tidak pernah membiarkannya bersendirian.

Mereka tetap ada untuk mengawasi Little Bao, yang kemudiannya pergi ke lokasi lalu menarik Little Bao.

Lebih melucukan, Little Bao cuba untuk menyelinap pergi ke musuhnya sekali lagi ketika kedua rakannya kelihatan sedang tidur.

Meowed/Facebook

Ternyata rancangannya tidak menjadi apabila tindakannya itu disedari rakan anjingnya. Mahu atau tidak, terpaksalah Little Bao berpatah balik.

Video selebihnya anda boleh saksikan di bawah ini :

Meowed/Facebook

Tidak dinafikan Little Bao memang nakal namun terima kasih kepada kedua-dua rakannya yang setia, maka hidup Little Bao lebih terjaga.

Semoga ikatan persahabatan mereka kekal sampai bila-bila!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular