KUALA LUMPUR – Dua pekerja warga asing yang tular di media sosial kerana dilihat memakai gelang merah jambu ketika bekerja di sebuah tapak pembinaan dilaporkan negatif virus Parti Komunis China (COVID-19).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kedua-dua lelaki warga asing itu merupakan antara 264 daripada 273 pekerja tapak pembinaan yang telah menjalani ujian saringan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pekerja asing ini dipakaikan gelang merah jambu bagi mengelakkan mereka keluar dari sebuah tapak pembinaan di ibu kota selepas ujian saringan dijalankan. Bagaimanapun, kedua-duanya masih dibenarkan untuk bergerak dan bekerja di dalam tapak pembinaan berkenaan.

KKM/Facebook

“Mereka berada di dalam kawasan tapak pembinaan dan dipakaikan gelang kerana warga asing untuk mengelakkan daripada keluar dari tapak pembinaan. Namun, mereka masih boleh bergerak di dalam tapak bina kerana ianya saringan awam dan bukan saringan kontak rapat,” jelas Hisham menerusi hantaran di Facebook.

Menurut beliau lagi, pihak pemaju sudah diberikan arahan bagi memastikan kesemua pekerja asing yang telah disaring agar sentiasa berada dalam kawasan tapak pembinaan. Perkara ini turut dipantau oleh pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju selain dua pengawal keselamatan yang diletakkan di hadapan pintu masuk tapak pembinaan berkenaan.

KKM/Facebook

Di samping itu, sementara menanti keputusan saringan, pihak pemaju juga dinasihatkan untuk memberhentikan operasi buat sementara waktu dari 13 November sehingga 15 November bagi kerja-kerja disinfeksi dan nyah cemar.

“Hasil saringan terdapat satu kes positif sahaja tetapi kes ini tidak tinggal di tapak bina dan menetap di luar tapak bina. Terdapat kontak rapat seramai lapan orang kini dikuarantin selama 14 hari sehingga Jumaat ini,” kata Hisham lagi.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular