Presiden Donald Trump dan pasukan kempennya menolak laporan yang mendakwa mereka telah mengurangkan tuntutan undang-undang dan dakwaan penipuan undi semasa pilihan raya pada 3 November, sambil menegaskan pihaknya akan terus membuat aduan bahawa lebih 600,000 kertas undi di Pennsylvania telah diproses secara tidak betul.

Jurucakap kempen Tim Murtaugh mengkritik laporan Washington Post pada 16 November, yang menggambarkannya sebagai “salah gambaran sepenuhnya mengenai litigasi kempen Trump di Pennsylvania” dan “secara khilaf mendakwa bahawa kempen itu telah menggugurkan tuntutan hampir 700,000 kertas undi yang diproses secara salah dan dalam rahsia.” Beliau menambah, “Kempen tidak melakukan hal seperti itu.”

“Tuntutan kami di Pennsylvania masih menekankan isu mengenai 682,479 undi pos yang masuk dan undi pengundi tidak hadir yang dikira secara rahsia,” kata Murtaugh yang mencadangkan bahawa Washington Post telah gagal menyiasat pindaan aduan mereka yang telah difailkan di mahkamah.

Trump menghantar semula posting kenyataan Murtaugh di Twitter, menyuarakan dakwaannya bahawa akhbar milik Jeff Bezos ‘terlupa membaca aduan itu’ sambil menekankan terdapat tuduhan luar biasa dari pemerhati tempat mengundi GOP di Pennsylvania yang dilarang melihat proses pengiraan dan penjumlahan undi.

Rudy Giuliani, bekas Datuk Bandar New York yang juga peguam dan rakan sekutu Trump, turut mempertikaikan laporan akhbar tersebut.

Giuliani berkata wartawan lain, Josh Gerstein dari Politico, “mengalami defisit membaca” dan “tidak membaca perenggan 132 hingga 150 dari aduan yang dipinda.”

Peguam Presiden Donald Trump dan bekas Datuk Bandar New York, Rudy Giuliani bercakap kepada pemberita di luar Rumah Putih di Washington pada 1 Julai 2020. (Chip Somodevilla / Getty Images)

The Post melaporkan bahawa barisan peguam Trump telah memfailkan aduan baharu yang “mengeluarkan tuduhan bahawa pegawai pilihan raya telah melanggar hak perlembagaan kempen Trump dengan mengehadkan kemampuan pemerhati mereka untuk melihat proses pengiraan undi.”

Setiausaha Negeri Pennsylvania Kathy Boockvar, seorang Demokrat, telah berulang kali menolak tuduhan kempen Trump bahawa terdapat penipuan atau penyelewengan pengundi di negeri ini. Pejabatnya tidak menjawab permintaan untuk memberi sebarang komen.

“Masalah undang-undang negeri yang sedia ada harus diselesaikan oleh mahkamah negeri Pennsylvania,” kata Peguam Negara Pennsylvania, Josh Shapiro, bagi pihak Boockvar.

“Walaupun Setiausaha tidak percaya bahawa hujah lisan adalah perlu untuk melenyapkan tuduhan dan tuntutan Plaintif, peguam bagi pihak Setiausaha akan tampil dan bersedia untuk berhujah seperti yang dijadualkan pada hari Selasa … jika mahkamah masih berhasrat untuk mendengar hujah tersebut.”

Hakim Mahkamah Daerah Amerika Syarikat Matthew Brann yang dilantik oleh mantan Presiden Barack Obama, telah menjadualkan hujah lisan mengenai kes tersebut pada hari Selasa dan akan mengadakan perbicaraan mendengar keterangan pada hari Khamis.

Presiden Donald Trump ketika menyampaikan kemas kini mengenai ‘Operation Warp Speed’ di Rose Garden, Rumah Putih di Washington, pada 13 November 2020. (Mandel Ngan / AFP via Getty Images)

Dalam satu kenyataan kepada Fox News, kempen Trump menekankan bahawa pihaknya telah mengubah aduan dan “secara strategik memutuskan penyusunan semula tuntutan berdasarkan pelanggaran di bawah ‘Equal Protection Clause of the 14th Amendment’, Perlembagaan Amerika Syarikat. Tetapi, mereka mengatakan kertas undi yang tidak diperhatikan adalah sebahagian daripada aduan.

“Pemerhati kami telah dinafikan hak akses untuk meninjau proses pengiraan undi dan kami masih memasukkan tuntutan itu di dalam aduan kami,” kata Tim Murtaugh kepada media.

“Malangnya, aktivis berita palsu bergegas mencetak ‘clickbait’ berita utama mereka, yang nampaknya tanpa membaca tuntutan itu. Itulah yang digelar kewartawanan malas paling baik, tetapi kemungkinan besar secara sengaja mahu mengelirukan,” katanya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Benua Amerika GLOBAL

Video Popular