Seorang wanita bernama Lisianne dari Québec, Kanada, dengan perasaan simpati sering memberi makan kepada seekor kucing jalanan comel berbulu gebu berwarna hitam, yang berupa semangkuk makanan dan juga air.

Selepas saling mengenali dan menjadi mesra, Lisianne memanggil kucing ini dengan nama Usagi lantas membuat keputusan untuk memberi makanan kepadanya sebagai satu rutin harian.

Akhirnya sikap prihatin Lisianne mendapat kepercayaan dan rasa selamat dalam diri Usagi.

CHATONS ORPHELINS MONTRÉAL / Facebook

Disebabkan kepercayaan itu, Usagi yang comel dan gebu memutuskan untuk memperkenalkan kepada Lisianne dengan ahli keluarganya yang lain. 

Tanpa disangka, Usagi membawa satu persatu anaknya di beranda rumah Lisianne.

Kesemua enam ekor anak kucing hitam gebu yang saling tak tumpah versi Usagi mini.

CHATONS ORPHELINS MONTRÉAL / Facebook

Terharu dengan tindakan membalas budi kucing berkenaan, Lisianne menjemput masuk dengan hati terbuka keluarga besar ibu dan anak-anak kucing itu ke dalam rumahnya.

Wanita ini kini bukan sahaja memberikan tempat tinggal dan makanan, bahkan turut membawa kesemua kucing berkenaan ke klinik haiwan berdekatan dengan menanggung semua perbelanjaan itu seperti mana yang sering dilakukan oleh seorang pemilik kucing sebenar.

CHATONS ORPHELINS MONTRÉAL / Facebook

Doktor haiwan yang merawat mendapati kesemua anak kucing Usagi mengalami masalah kesukaran bernafas, yang mungkin menjadi sebab mengapa ibu kucing ini membawa anaknya bertemu Lisianne.

Namun kini kesemua anak kucing itu telah pulih dan sihat sepenuhnya, juga bersedia untuk diperkenalkan dengan pemilik baharu tidak lama lagi.

CHATONS ORPHELINS MONTRÉAL / Facebook

Kucing yang sungguh comel, siapa yang tidak geram walaupun diri sendiri tidak berniat menjadi pemilik.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular