Jualan tahunan 11.11 berakhir lebih seminggu yang lalu dan jika anda menjadi salah seorang pelanggan yang masih menunggu bungkusan yang sudah dibeli tiba, kejadian kebakaran lori penghantaran barangan promosi itu mungkin bukan berita baik buat anda yang berada di kawasan Cheras.

Sebuah lori kurier telah terbabit dalam satu kebakaran pada petang 17 November, yang telah mengakibatkan hampir keseluruhan lori dan barangan milik pelanggan yang dibawa musnah dijilat api.

Kitty Goh/Facebook

Seorang netizen dikenali Kitty Goh, menyaksikan insiden kebakaran yang berlaku kira-kira jam 2.45 petang itu di mana sebuah lori kurier terbakar berhampiran bangunan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) di Cheras.

Kitty turut memuat naik beberapa gambar kejadian selepas kebakaran itu yang dikongsi di Facebook di mana ia menunjukkan lori terbabit telah hangus terbakar dengan keadaan berlubang dan keadaan dalam kargo yang menghitam.

Kitty Goh/Facebook

Ekoran kejadian kebakaran secara tiba-tiba, pekerja yang membawa lori tersebut sempat menyelamatkan diri dan segera membuat panggilan kecemasan meminta bantuan pasukan bomba berdekatan bagi memadamkan kebakaran.

Kitty Goh/Facebook

Dianggarkan sebanyak 70 peratus keadaan fizikal lori tersebut telah musnah dengan keseluruhan barangan milik pelanggan dilihat telah musnah sama sekali.

Kitty menambah kejadian kebakaran berlaku di kawasan memunggah barangan bersebelahan pangsapuri, yang bermakna tidak ramai orang menyedarinya. 

Kitty Goh/Facebook

Punca kebakaran lori kurier terbabit masih berada dalam siasatan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES NASIONAL

Video Popular