Tiada yang memalukan buat pelumba motosikal negara, Azlan Shah Kamaruzaman apabila beliau difahamkan kini menjadi penghantar makanan.

Bahkan menurut Azlan, ia sebaliknya membuatkan beliau berasa gembira kerana dapat menjalankan tugas yang membolehkan beliau terus menunggang motosikal.

Azlan Shah Kamaruzaman/Facebook

Tatkala kalendar perlumbaan negara turut terganggu dek kerana pandemik, Azlan berkata beliau memilih untuk membantu keluarganya menjalankan perniagaan, Santai Brooo.

Azlan Shah Kamaruzaman/Facebook

Keluarga Azlan difahamkan menjalankan perniagaan dengan menjual nasi asam penyet dan Azlan kemudian akan menghantar pesanan pelanggan di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam.

Jelas Azlan, beliau muncul dengan idea untuk menjadi penghantar makanan berkenaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Beliau sedia maklum bahawa ramai yang tidak dapat keluar untuk mendapatkan makanan. Ia membuatkan beliau tertanya mengapa dirinya sendiri tidak menghantarkan makanan kepada pelanggan.

Azlan Shah Kamaruzaman/Facebook

“Saya tak malu. Ini adalah perniagaan keluarga. Bagi saya, saya tak kisah dengan apa kerja yang saya buat janji rezeki halal dan saya gembira dapat kerja seperti ini”.

Tambah beliau, ini kerana beliau dapat terus menunggang motosikal dan meneroka jalan baru yang sebelum ini tidak pernah dilaluinya.

Azlan turut menceritakan bahawa banyak permintaan pesanan daripada pelanggan yang memintanya menghantar sendiri makanan itu semata-mata peminat ingin melihatnya.

Santai Brooo/Facebook

“Alhamdulillah, peminat banyak berikan sokongan untuk penjualan makanan ini. Ada ketikanya sampai 40 hingga 50 bekas sehari”, jelasnya.

Sungguhpun seronok, beliau turut berkongsi pengalaman buruk sebagai penghantar makanan, di mana beliau terpaksa meredah hujan demi menghantar makanan tepat pada masanya.

Berikut video penuh perkongsian beliau :

Azlan Shah/Facebook

“Semua orang ketika ini sedang berdepan tempoh waktu yang sukar. Ramai orang hilang pekerjaan. Seluruh dunia berdepan dengan COVID-19 dan ia bukan senang untuk kita hadapi”.

Akhirinya, kita semua terpaksa bangkit dan mengharungi rintangan ini bersama-sama, sama seperti perniagaannya – ada hari pesanan diterima agak banyak dan ada hari ianya sedikit.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular