Tuntutan kerja di pejabat kadang kala membuatkan ramai para ibu di luar sana tidak sempat untuk memasak dan menyediakan makanan buat keluarga.

Pulang sahaja daripada kerja, sudah penat. Itu belum lagi ditambah dengan tanggungjawab untuk menguruskan anak-anak kecil. Memang letih, tidak dapat dinafikan.

Baru-baru ini, seorang wanita yang menggunakan nama akaun Amira Aziz berkongsi di Facebook akan satu insiden lucu yang melibatkan keluarganya.

Amira Aziz/Facebook

Menurut Amira, suaminya bekerja sebagai penghantar makanan McDonald’s dan kebetulan pada hari itu, dia berasa agak malas untuk memasak.

Amira kemudian merancang untuk memesan sahaja hidangan daripada McDonald’s dan ianya turut dipersetujui anak-anaknya. Gembira bukan kepalang!

Wanita itu menyangka bahawa pesanannya itu akan dihantar oleh penghantar lain selain suaminya. “Saya tungguh juga rider itu call saya.. tapi tak call-call”, tulisnya.

Setelah menunggu lebih kurang setengah jam, dia terdengar hon dibunyikan di luar rumahnya. “Sekali keluar tengok suami sendiri yang hantar order tu..patutlah dia tak call hehe”, tambahnya lagi.

Amira Aziz/Facebook

Amira menjelaskan sebenarnya bahawa dia bukannya malas memasak, cumanya berasa penat setelah pulang daripada tempat kerjanya.

Tanggungjawabnya tidak terhenti di situ sahaja apabila dia juga perlu menjaga anak-anaknya di rumah setelah pulang daripada kerja memandangkan suaminya bekerja sehingga malam.

“Takut orang salah faham pula..ingat saya pemalas”, akhirnya. Diharapkan suami wanita ini memahami apa yang dirasai Amira.

Perkongsian itu telah menerima lebih 114,000 reaksi daripada pengguna Twitter yang rata-ratanya berasa terhibur dengan kisah lucu berkenaan dan meninggalkan komen berikut :

Amira Aziz/Facebook

Amira Aziz/Facebook

Amira Aziz/Facebook

Amira Aziz/Facebook

Kalaulah semua orang sporting dan memahami sebegini, alangkah bahagianya dunia yang kita duduki sekarang, bukan?

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular