Pemilik basikal terutama yang mahal dan berjenama dinasihatkan supaya berhati-hati serta mengunci basikal masing-masing setelah melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah rumah ini.

Rakaman CCTV tersebut menunjukkan dua orang pemuda menjenguk sebuah rumah teres di satu kawasan perumahan sebelum memanjat dan mencuri dua buah basikal dipercayai basikal berjenama mewah.

Paparan Skrin/Facebook

Aksi licik dua pencuri basikal ini telah berjaya dirakam dalam kejadian yang berlaku pada petang 3 November ketika waktu hujan.

Kelihatan seorang pemuda yang bertopi keledar berwarna kuning dengan gambar mata ‘Minion’ dibelakangnya memanjat pagar dan menuju ke hadapan rumah tersebut sambil meninjau basikal yang mahu dicurinya.

Paparan Skrin/Facebook

Manakala seorang lagi yang tidak bertopi keledar menunggu di luar pagar rumah untuk memastikan tiada siapa yang memerhatikan perbuatan jenayah mereka dan menyambut basikal yang dicuri.

Lagaknya seperti pencuri yang takut dicekup dan tertangkap dengan kesalahan mereka.

Paparan Skrin/Facebook

Tetapi kelihatan salah seorang daripadanya sudah mahir mengenali jenis basikal mewah yang hendak dicuri.

Sambil kadangkala memerhati dan bersembunyi untuk mengelak perbuatan keji mereka disedari pemilik atau penghuni rumah, dua pemuda ini akhirnya telah berjaya mencuri dua buah basikal berjenama mewah itu sebelum cabut lari.

Paparan Skrin/Facebook

Awas buat semua pemilik basikal, tidak kira ia jenis yang biasa atau sudah pasti yang mewah. Berhati-hati dan jangan terleka kerana pencuri basikal akan mengambil kesempatan jika anda membiarkan basikal terletak begitu sahaja tanpa dikunci.

Tonton video di bawah.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: VIDEO

Video Popular