Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sekali lagi dilaksanakan baru-baru ini menyaksikan pihak berkuasa misalnya pasukan polis giat melakukan sekatan jalan raya serta rondaan.

Ini bertujuan untuk memastikan agar rakyat Malaysia kekal patuh dan tidak melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Namun baru-baru ini muncul satu video tular, memperlihatkan anggota polis yang sedang membuat sekatan jalan raya menunjukkan simbol ‘love’ kepada seorang pemandu wanita.

@brotherjambang/Twitter

Alih-alih, wanita yang melalui sekatan jalan raya itu sebenarnya merupakan isteri kepada anggota polis yang sedang bertugas terbabit. Ya, mereka berdua adalah frontliners!

Video tersebut sebelumnya telah dimuat naik menerusi akaun si isteri itu sendiri, Farzana Abdullah di laman Facebook.

“Abang polis bagi heart lah dekat kita hahaha. Auchh haha macam ini lah bila isteri doktor, suami polis. Bertembung tepi jalan macam ini je haha”.

@brotherjambang/Twitter

 “Take care my husband. Jangan marah kita main phone sekejap je ni nak rakam. Jarang-jarang boleh rakam moment ini haha”, tulis wanita itu.

Di Twitter, video tersebut telah berjaya menarik perhatian pengguna dengan meraih lebih kurang 700,000 tontonan.

Ramai juga netizen yang turut meninggalkan komen, antaranya :

@brotherjambang/Twitter

Tambah Farzana, mereka jarang bertembung sewaktu menjalankan tugas namun kebetulan pada hati itu, suaminya sedang bertugas. Jadi dia mengambil peluang untuk merakamkan saat-saat berharga itu.

Anda boleh tonton video sweet mereka di bawah ini :

@brotherjambang/Twitter

Tidak dapat dinafikan ramai pasangan frontliners di luar sana dan mereka sudah pasti tidak berpeluang untuk menghabiskan masa bersama.

Jadi saat berharga sebegini sudah pasti menceriakan hari mereka, bukan? Walaupun hanya satu ‘isyarat’ yang ringkas tetapi sudah cukup membahagiakan keduanya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular