Proses membesarkan anak-anak merupakan antara cabaran yang perlu ditempuhi oleh semua ibu bapa. Tanpa kita sedari, ia turut mendidik ibu bapa untuk kekal rasional dan bersabar.

Seperti apa yang berlaku pada wanita dari Kuching yang menggunakan nama akaun Sharifah Nur Adleen di laman Facebook ini.

Berdasarkan satu perkongsiannya pada 13 November lalu, anaknya dipercayai telah memesan sejumlah makanan yang banyak menggunakan aplikasi Foodpanda.

Anak Sharifah difahamkan telah memesan 12 hidangan tom yam, 4 hidangan sup daging, 2 hidangan kerabu daging dan juga sup tulang.

Dan kesemua pesanan bungkusan makanan berkenaan berjumlah RM226.76 termasuk caj penghantaran dan ianya dibayar secara tunai ketika penghantaran.

“Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?”, tulis wanita itu di laman Facebooknya. Memang banyak betul makanan yang dipesan secara tidak sengaja ini.

Tidak dapat dinafikan bahawa kanak-kanak kini semakin bijak dan seperti tidak boleh berenggang dengan gajet dan peranti teknologi.

Mungkin kisah ini agak lucu namun ia tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Benar, anak masih kecil dan tidak tahu apa-apa namun kita sebagai ibu bapa bertanggungjawab ke atas semuanya.

Oleh yang demikian, sebagai ibu bapa kita seharusnya mengawasi tindak tanduk anak-anak apatah lagi jika mereka menggunakan telefon bimbit kita.

Bukan apa, dibimbangi macam-macam lagi yang mungkin mereka buat secara tidak sengaja di kemudian hari. Kita juga yang susah nanti!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular