Kita mungkin tidak akan sedar betapa besarnya pengorbanan ibu dan bapa kita, sehinggalah kita sendiri yang bergelar ibu bapa di kemudian hari.

Sememangnya segala jerit perih dan pengorbanan yang dilakukan mereka dalam membesarkan kita seharusnya dihargai.

Seperti apa yang dilakukan oleh seorang lelaki, Ahmad Fakhrurazi Mohamad dari Terengganu ini. Fakhrurazi difahamkan membeli kereta jenis Proton X50 khas untuk ibu bapanya.

Menurut sumber, hadiah cukup bermakna itu adalah bagi menggantikan kereta terpakai yang sebelum ini dibeli oleh orang tua Fakhrurazi dan telah digunakan selama 9 tahun.

Fakhrurazi Mohammad | Facebook

Jelas lelaki berkenaan, ibu bapanya tidak pernah membeli kereta baru seumur hidup mereka dan hanya mampu membeli kereta terpakai.

Kedua ibu bapanya difahamkan mahu berjimat memandangkan mereka mempunyai 8 orang anak untuk dibesarkan.

“Sebenarnya kereta impian abah sejak dulu ialah Toyota Camry. Kami sempat bawa dia ‘test drive’ seminggu sebelum kami sumbit loan untuk Proton X50”, kata Fakhrurazi.

Jelas lelaki itu, kesemua mereka sudah pun bekerja dan mempunyai keluarga sendiri. Mereka mampu untuk membeli kereta baru untuk keluarga namun terlupa akan ibu bapanya.

“Kami semua mohon jutaan kemaafan daripada abah dan mak. Kami semua sepakat untuk hadiahkan abah dan mak kereta kebanggaan Malaysia, Proton X50 Executive”.

Pada mulanya, bapa Fakhrurazi tidak bersetuju ekoran harga kereta tersebut agak mahal dan bimbang jika ianya membeban daripada segi bayaran bulanan.

“Tetapi kami berjaya yakinkan dia kerana bayaran bulanan dan sebarang servis kami akan tanggung sehinggalah ia habis dibayar dalam tempoh 9 tahun”.

Fakhrurazi Mohammad | Facebook

Kedua ibu bapa Fakrurazi juga telah dibawa ke pusat jualan kereta di Kampung Durian Burung untuk memilih sendiri warna pada model kereta berkenaan pada bulan lalu.

Fakhrurazi bersyukur kerana semua urusan pinjaman sudah pun diluluskan dan mereka hanya perlu menunggu selama dua hingga tiga bulan sahaja lagi untuk membuat kejutan.

“Semoga dengan sedikit hadiah daripada kami, ia bermanfaat buat abah dan mak”, kata Fakhrurazi.

Dia turut menyatakan bahawa jasa kedua orang tuanya dalam membesarkan mereka lapan beradik tidak akan dapat mampu dibayar dengan wang ringgit.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular