Pernahkah anda bermain bebola lumpur ketika kecil? Sekiranya anda seorang yang nakal, pasti pernah teringat memori itu, mengambil lumpur dan membuat bola, bermain dengan jiran-jiran dan rakan-rakan.

Walaupun badan dipenuhi lumpur dan kotor sambil dimarahi oleh ibu bapa, ingatan semasa zaman kanak-kanak pasti sangat berharga. 

Namun, ramai antara anda mungkin kurang tahu kanak-kanak di Jepun juga bermain bola lumpur yang tidak sekadar suka-suka, malahan mampu menukar bebola lumpur menjadi seperti ‘permata yang digilap’.

@tondekefirebird/Twitter

Sebenarnya, bebola lumpur yang terus digilap melalui beberapa proses gosokan atau geseran secara kerap yang mana akan mengalami evolusi menjadi sebiji bola yang cantik berkilau atau berkilap, dikenali sebagai seni ‘hikaru dorodango’.

‘Hikaru’ bermaksud berkilap atau berkilauan, ‘doro’ bermaksud ‘lumpur’ dan ‘dango’ bermaksud ‘kuih atau kek’ yang dihasilkan dengan tangan pembuatnya yang memerlukan sifat sabar dan tekun.

Seorang netizen Jepun dikenali NIHEI menunjukkan cara dia menghasilkan bola lumpur ‘dorodango’ ini di laman Twitter.

NIHEI mendedahkan kemahiran yang tinggi serta masa yang lama diperlukan untuk menghasilkan bola lumpur yang cantik.

@tondekefirebird/Twitter

Bermula dengan mengambil segumpal tanah atau lumpur yang basah dan likat pada awalnya, lapisan demi lapisan membentuk bebola dihasilkan bersama pasir halus.

Kekuatan dan bentuk bebola akan terus berubah melalui gosokan atau geseran. Pergerakan yang dilakukan berulang kali berlangsung selama beberapa jam. 

Tumpuan yang tinggi diperlukan selama beberapa hari untuk menghasilkan ‘dorodango’ asli hanya akan berkilap akibat geseran berulang.

Menurut NEHEI, proses mengubah bebola lumpur menjadi bebola permata memakan masa sekitar 6 jam sebelum dan sesudah, dan kesan kontras menakjubkan akan mengambil masa beberapa hari lagi untuk proses menggilap.

@tondekefirebird/Twitter

Jika seorang itu tekun menggosok, diri sendiri mungkin tidak dapat mempercayainya apabila mendapati perubahan bebola lumpur bertukar menjadi ‘permata’ yang cantik. Hasil usaha keras!

Sebaik gambar ‘hikaru dorodango’ berwarna biru firus itu dimuat naik, ia segera mendapat perhatian dan perbincangan hangat netizen.

Seorang netizen bertanya, “Apa yang kamu lukis di atas lumpur?”

NIHEI menjawab, “Saya meletakkan kapur dan warna di atas bola lumpur”.

@tondekefirebird/Twitter

Oleh kerana kaedah membuat ‘hikaru dorodango’ sangat rumit dan unik untuk dijelaskan, akhirnya NIHEI memutuskan untuk membuka kelas seni ‘dorodango’ bagi mengajar semua orang yang berminat tentang bagaimana caranya mengubah lumpur menjadi permata.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular