Parti Komunis China (PKC) masih meneruskan penganiayaan terhadap pengamal Falun Gong – amalan rohani tradisional yang sudah lama ditindas oleh rejim PKC itu semenjak tahun 1999.

Menurut statistik bulan Oktober yang dilaporkan oleh Minghui.org pada 12 November lalu, penganiayaan terhadap Falun Gong di China telah dikesan. Pihak polis secara haram telah menangkap dan mengganggu 1,077 orang pengamal Falun Gong pada Oktober di 139 buah bandar di 27 wilayah.

Mahkamah di seluruh negara menjatuhkan hukuman penjara ke atas 65 orang pengamal Falun Gong ekoran kepercayaan mereka. Peguam hak asasi manusia China mengatakan bahawa pendakwaan seperti itu tidak sah, kerana melanggar perlembangan China yang menjamin kebebasan kepercayaan.

Statistik Minghui menunjukkan bilangan pengamal Falun Gong yang ditangkap (biru tua) dan diganggu (biru muda) di banyak wilayah di seluruh China pada Oktober 2020/Minghui.org

Semasa China merayakan Double Ninth Festival pada Oktober, yang menekankan kepada penghormatan kepada warga tua, seramai 92 pengamal Falun Gong yang berusia lebih 65 tahun telah diculik daripada rumah dan diganggu, termasuklah dua orang yang berusia lebih daripada 90 tahun. 19 lagi pengamal Falun Gong yang berusia lebih dari 65 tahun telah dijatuhkan hukuman penjara secara haram, yang tertua berusia 80 tahun.

Laporan ini juga memperincikan penganiayaan kewangan rejim PKC. Pada bulan Oktober, polis dan mahkamah PKC telah memeras sejumlah 417,840 yuan (RM 883,969.93) wang tunai daripada para pengamal Falun Gong yang diculik, sementara pencen 34 orang digantung tanpa alasan.

Minghui juga mencatatkan penangkapan besar-besaran terhadap pengamal Falun Gong baru-baru ini.

Pada petang 27 Oktober, Pasukan Keselamatan Nasional wilayah Hunan dan Changsha bersama polis daerah (biro keselamatan awam) telah menculik 14 pengamal Falun Gong selain melakukan serbuan haram di rumah mereka.

Perincian kes penganiyaan terhadap pengamal Falun Gong pada bulan Oktober telah dikeluarkan.

Kes Ma Zhengyu

Zhang Yuhua, isteri pengamal Falun Gong yang ditahan, Ma Zhenyu, menjelaskan penderitaan suaminya kepada Presiden Donald Trump semasa acara kebebasan beragama yang diadakan di Washington pada 17 Julai lalu. Ma sendiri terselamat daripada penyeksaan ketika ditahan di dalam kem buruh.

Presiden Donald Trump bersalaman dengan Zhang Yuhua, seorang pengamal Falun Gong yang selamat daripada penganiayaan di China, di White House pada 17 Julai 2019/White House

Pada 20 Julai, Setiausaha Negara, Mike Pompeo mengeluarkan kenyataan yang mengecam penganiayaan PKC terhadap Falun Gong.

Mengambil contoh kes pasangan Zhang and suaminya, Mike menuntut PKC agar segera menghentikan penyiksaan dan penganiayaan terhadap pengamal Falun Gong serta membebaskan mangsa yang telah dipenjarakan kerana kepercayaan mereka.

Walaupun kes ini mendapat perhatian besar daripada masyarakat antarabangsa, Ma belum memperoleh kebebasan walaupun telah menjalani hukuman sepenuhnya.

Ma adalah bekas jurutera radar Institut Penyelidikan ke-14 Kementerian Industri Maklumat China Nanjing. Dia dijatuhi hukuman tiga tahun penjara kerana mengirim surat kepada pemimpin PKC dengan meminta agar penganiayaan terhadap Falun Gong dihentikan.

Hukumannya dijadualkan berakhir pada 19 September lalu namun penjara Suzhou, wilayah Jiangsu menyatakan bahawa Ma diserahkan kepada biro polis Nanjing pada hari itu. Zhang mengatakan bahawa dia masih belum dapat menghubungi suaminya setakat ini.

Pengamal Falun Gong, Ma Zhengyu/Minghui.org

Menurut laporan Munghui.org, Ma telah dipenjara di sebuah balai polis di kampung Suojin, daerah Xuanwu di bandar Nanjing. Dia dikurung di sebuah bilik bersebelahan bilik mel di balai polis. Pegawai juga menekan keluarga Ma, termasuk ibunya yang berusia 80 tahun dan menuntut agar mereka tidak menghubungi isterinya di Amerika Syarikat.

Jurutera kanan di Shanghai dipenjara kerana menyaman Kementerian Keselamatan Awam

Minghui juga memperincikan kes pakar kejuruteraan Shanghai, Xu Yongqing yang juga seorang pengamal Falun Gong. Selepas dipenjara selama dua tahun di Penjara Tasik Hongze yang telah berakhir pada 28 November 2019, Xu terus diganggu, dipantau dan dianiaya oleh pihak berkuasa tempatan.

Pada bulan Disember 2016, Xu Yongqing mengajukan permohonan ‘pelepasan maklumat’ daripada Kementerian Keamanan Awam China, dengan bertanya sama ada dokumen “Pemberitahuan mengenai Isu-Isu Tertentu Mengenai Pengenalpastian dan Pengharaman Organisasi Bidaah’ masih sah.

Dokumen itu juga turut menyenaraikan 14 buah organisasi ‘bidaah’ PKC, di mana ianya tidak termasuk Falun Gong.

Ekoran tiada balasan daripada pihak Kementerian Keselamatan Awam, Xu menfailkan tuntutan ke Mahkamah Menengah Kedua Beijing pada bulan Mei 2017 dengan menuntut kementerian itu kerana tidak aktif dalam pentadbiran.

Kementerian itu kemudian memerintahkan biro kepolisian Shanghai untuk menekan Xu untuk menarik balik tuntutan itu tetapi dia menolaknya.

Pengamal Falun Gong, Xu Yongqing semasa melawat kota New York/Minghui.org

Pada 29 November 2017, Xu diculik oleh pegawai polis tempatan di daerah Hanjiang, Yangzhou. Dia dijatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda 5,000 yuan (RM 3,126.05) oleh mahkamah tempatan.

Dia telah dipukul dan mengalami kecederaan di penjara. Setelah dibebaskan, dia menganggur kerana tahap kesihatannya yang buruk. Xu dan isteri kemudian menyewa sebuah rumah di luar bandar. Namun mereka terus dipantau dan diganggu oleh pihak berkuasa tempatan.

Semasa Festival Pertengahan Musim Luruh awal Oktober, Xu kembali ke kampung halamannya di wilayah Zhejiang untuk menziarahi ibunya. Pada 11 Oktober, dia menerima pesanan yang memberitahu bahawa semua barang di rumahnya di Shanghai telah dipindahkan ke gudang milik jawatankuasa pari di kampung Yanxing.

Walhal Xu sudah pun membayar sewa kepada tuan tanah pada bulan berkenaan, sementara sewanya hanya berakhir pada 31 Oktober. Xu segera kembali ke rumah sewanya dan mendapati kunci pintu rumahnya telah diganti. Dia kemudian terpaksa bermalam di sebuah hotel kecil berdekatan.

Dan buat masa ini, Xu masih tiada tempat tinggal.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL Kebenaran

Video Popular