Bagi penggemar seni bina pasti telah melihat rumah cermin yang unik Mirage Gstaad hasil rekaan seniman Amerika Syarikat, Doug Aitken. 

Mirage Gstaad yang terletak di Videmanette, Gstaad di Switzerland ini diperbuat keseluruhannya menggunakan cermin pada bahagian luar dan dalam. 

Bagi yang perasan diri sendiri cantik dan hebat, mungkin rumah ini amat sesuai buat anda. Bayangkan anda boleh bercermin sepanjang hari jika memiliki rumah ini. Kita tahulah anda seorang narsisistik.

Rumah cermin ini sangat unik kerana penampilannya akan berubah menurut perubahan cahaya dan cuaca secara semula jadi. 

Gambar di atas diambil ketika musim bunga dan panas. Ketika musim sejuk kelak kesemuanya akan berubah menjadi putih dan rumah ini mungkin akan lenyap sepenuhnya ketika salji tebal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by elevation1049 (@elevation1049)

Mungkin boleh membuat pandangan anda juga haiwan yang lalu menjadi terkeliru.

Doug Aitken Mirage, syarikat yang membina rumah cermin ini telah membuka kunjungan untuk orang awam dan pelancong bermula Februari 2019. Mirage Gstaad dijangka akan terus dibuka untuk tatapan umum sehingga Januari 2021.

Penampilan rumah kaca sangat unik yang mungkin tidak terdapat di tempat lain kerana anda akan dapat melihat pantulan pemandangan pergunungan Alps yang indah di Switzerland melalui rumah ini.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular