Kita semua sedia maklum bahawa keadaan ekonomi yang mencabar ketika ini sedikit sebanyak turut meninggalkan keperitan buat ramai di antara kita, khasnya mereka yang hidup susah.

Namun kita cukup bertuah kerana masih ramai rakyat Malaysia yang prihatin dan tidak berkira langsung untuk menghulurkan bantuan.

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai kisah sepasang suami isteri, Mohd Nasir Din dan Suhaida Mohd Ghazali dari Kampung Teluk Teduri, Baling, Kedah.

KITA ORANG KEDAH (KOK) | Facebook

Mereka dikatakan terpaksa menjual televisyen di rumah dengan harga RM100 bagi membolehkan mereka membeli barangan keperluan.

Nasir telah kehilangan mata pencarian sejak dua bulan lalu setelah pergelangan tangan kirinya patah ketika memasang bumbung di sebuah rumah.

Manakala Suhaida pula merupakan individu kelainan upaya (OKU) dan difahamkan mempunyai masalah pertuturan.

Isterinya itu walau bagaimanapun ada mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 sebulan.

KITA ORANG KEDAH (KOK) | Facebook

Lelaki itu mendakwa bahawa mereka mengalami masalah kewangan dan disebabkan itu, dia nekad untuk menjual televisyen bersaiz 29 inci jenama Sharp yang dimiliki mereka.

Selain itu, bagi menampung keperluan harian keluarga, Nasir turut menjual kerepek dan ikan perkasam yang diambil daripada rakan-rakan isterinya.

Tambah Nasir, selain mencari wang untuk memenuhi keperluan keluarga, dia juga memerlukan wang untuk memasang besi pada pergelangan tangannya.

Seperti yang ditularkan, pasangan itu dikatakan pernah tidak menjamah nasi selama seminggu kerana tidak mempunyai wang untuk membeli beras.

Namun wakil kepada Ahli Parlimen Baling, menjelaskan bahawa berita mengenai keluarga Nasir yang tidak mempunyai bekalan makanan selama seminggu ternyata tidak benar.

Kenyataan itu dimuat naik oleh akaun Nkb Khairul Azhar pada 15 November lalu selepas keluarga itu dilawatinya. Balutan simen pada pergelangan tangan Nasir juga tidak kelihatan.

Nkb Khairul Azhar/Facebook

Berkemungkinan kisah itu sengaja direka bagi mendapatkan simpati orang ramai. Oleh yang demikian, sebaiknya kita menyiasat dahulu kesahihan sesuatu kisah sebelum menghulurkan bantuan.

Ini penting bagi mengelakkan diri kita ditipu dan membuka peluang kepada lebih ramai lagi individu tidak bertanggungjawab untuk mengambil kesempatan di atas keprihatinan kita.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular