Terdapat kira-kira 30,000 spesies ikan yang diketahui di dunia ini dan semestinya ada yang aneh, serta ada juga spesies memukau.

Seperti apa yang dikongsikan oleh seorang pengguna di Twitter yang menggunakan nama akaun Azusa Miyagi ini.

Anda lihatlah sendiri betapa indahnya ciptaan Tuhan :

Warna ikan yang bersaiz agak besar itu amat unik dan bewarna-warni. “Saya sememangnya gemar memancing”, cerita Azusa.

“Dan saya sudah banyak melihat spesies ikan yang aneh sebelum ini namun ikan ini agak luar biasa kerana warnanya”.

Warna pada ikan itu begitu terang dan jelas. Ada warna biru, merah jambu dan hijau pada badannya. Jika diamati, seperti warna ais krim pelangi!

Mungkin ramai yang tidak mempercayai kewujudan ikan yang sangat cantik sebegini dan pasti menganggap ianya adalah ikan mainan plastik.

@azusa54/Twitter

Atau ada yang anggap ianya hasil suntingan foto? Tidak ya, ikan itu bernama ‘surge wrasse’ atau nama saintifiknya adalah ‘thalassoma purpureum’.  

Ia merupakan spesies yang berasal dari bahagian Tenggara Lautan Atlantik – di antara Lautan Hindi dan Pasifik.

Ikan yang indah ini kebanyakannya mendiami kawasan terumbu dan garis pantai yang berbatu dengan ombak berketinggian 10 meter.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hooked On Kaua’i (@hookedonkauai)

Mereka memakan algae, rumpai laut dan juga haiwan lautan kecil seperti ketam, landak laut, moluska, ikan dan cacing.

Selain itu juga, ikan ini turut memakan terumbu karang yang sudah mati bagi menghasilkan pasir halus dan bersih di dasar lautan.

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular