Ketika kecil, kita sering ditanyakan dengan soalan, “Apakah cita-cita kamu apabila dewasa kelak?”. Jawapan yang akan kita dengari daripada rakan sebaya biasanya doktor, polis, jururawat dan anggota bomba.

Mendengar jawapan anggota bomba, pasti ramai yang akan berasa kagum kerana kita semua tahu ia merupakan satu pekerjaan yang cukup mencabar dan berani!

Friends of Bomba Malaysia/Facebook

Masakan tidak, menjadi anggota bomba juga bermaksud menjadi seorang anggota penyelamat. Seseorang anggota bomba perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan yang tinggi sebelum melangkah masuk ke bidang pekerjaan ini.

Di samping itu, anda juga harus memiliki keberanian serta kekuatan fizikal dan mental untuk melayakkan diri anda menjadi seorang anggota bomba yang disegani.

Friends of Bomba Malaysia/Facebook

Pada 10 November lalu, sebuah video berdurasi 2 minit 24 saat telah dikongsikan oleh Friends of Bomba Malaysia di Facebook. Video berkenaan menunjukkan latihan sekumpulan anggota bomba yang sangat mencabar.

Dalam video ini, anda boleh lihat betapa tingginya cabaran yang perlu dilalui oleh anggota bomba ini sebelum mempersiapkan diri mereka dalam menghadapi situasi kecemasan yang sebenar.

Friends of Bomba Malaysia/Facebook

Anda boleh lihat mereka berlari sambil membawa gelung hos air sebelum memanjat tangga yang tinggi dengan kelajuan yang cukup memberangsangkan.

Malah, mereka turut mengenakan peralatan lain seperti topi pelindung dan membawa tong oksigen bersama. Bukan semua orang mampu menjalani latihan yang intensif sedemikian rupa tanpa kekuatan mental dan fizikal.

Friends of Bomba Malaysia/Facebook

Di samping itu, kerjasama berpasukan juga penting dalam bidang ini memandangkan setiap individu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan sesuatu misi penyelamatan itu berjaya.

Ketangkasan juga merupakan salah satu aspek penting. Jadi, jika seseorang individu tidak memiliki ciri-ciri ini, maka anda tidak layak untuk bergelar seorang anggota bomba dan penyelamat.

Friends of Bomba Malaysia/Facebook

Friends of Bomba Malaysia/Facebook

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih hampir 5,300 jumlah perkongsian dan menerima lambakan respon daripada pengguna Facebook. Antara komen yang diberikan adalah:

“Ia memerlukan minda dan fizikal yang kuat. Terima kasih kerana memberikan perkhidmatan terbaik”

“Terbaik. Saya pernah pakai baju bomba, berat sangat. Lari bawa hos bukan kerja yang mudah, tercungap-cungap. Hormat!”

“Terima kasih semua ahli bomba. Semoga kamu dijauhkan dari segala bahaya. Semoga Tuhan merahmati kamu semua”.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular