Dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang berlangsung selama satu bulan di kebanyakan negeri di Malaysia, sekatan jalan raya adalah satu ‘halangan’ yang agak menggerunkan untuk dilalui oleh sesiapa pun.

Bagaimanapun, seorang gadis telah berkongsi pengalaman unik yang dilaluinya sebaik sahaja dia melintasi sekatan jalan raya.

@nnurulsyafika/Twitter

@nnurulsyafika menerusi perkongsiannya di laman Twitter pada 12 November menceritakan bagaimana dia yang pada mulanya berasa takut kerana diminta untuk memandu ke kaki jalan oleh anggota polis yang bertugas rupa-rupanya mempunyai tayar kereta yang telah bocor.

Lebih teruk, @nnurulsyafika langsung tidak menyedari tentang keadaan tayarnya sepanjang perjalanannya itu dan menurutnya, jika dia mengetahuinya dengan lebih awal, dia tidak mungkin akan memandu kenderaan itu.

@nnurulsyafika/Twitter

@nnurulsyafika/Twitter

Walau bagaimanapun, apa yang menarik adalah anggota polis dan rela yang bertugas di sekatan jalan raya berkenaan tidak lokek untuk memberi bantuan kepada @nnurulsyafika. Dengan bersungguh-sungguh, mereka dilihat membantu menukarkan tayar yang telah bocor itu kepada tayar ganti yang baharu.

Syukurlah @nnurulsyafika secara kebetulan melalui sekatan jalan raya itu dan segera mendapat bantuan daripada anggota barisan hadapan yang bertanggungjawab ini. Walaupun sebenarnya menurut @nnurulsyafika, dia berasa sangat malu dengan insiden itu!

@nnurulsyafika/Twitter

Sehari selepas kiriman oleh @nnurulsyafika dimuat naik, akaun rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat membalas kiriman @nnurulsyafika dengan meminta lokasi sekatan jalan raya yang dimaksudkan oleh @nnurulsyafika kerana pihak PDRM mahu mendapatkan nama anggota yang terlibat.

@nnurulsyafika/Twitter

Nampaknya, berita baik mungkin akan diterima oleh anggota yang terlibat kerana telah mengharumkan nama PDRM sekaligus membuktikan rasa tanggungjawab yang digalas oleh pasukan berkenaan.

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman ini telah pun meraih sehingga lebih dari 28,600 sukaan, lebih dari 11,700 retweet dan 188 komen.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular