Pada ketika para pengasas Epoch Times membuat keputusan nekad melarikan diri dari rejim komunis dan berhijrah ke Amerika Syarikat, kesemuanya tidak pernah menyangka bahawa negara yang lantang memperjuangkan hak demokrasi dan keadilan di peringkat antarabangsa akan menjadi medan pertempuran antara kebebasan dan komunisme.

Di Amerika Syarikat, topik komunisme adalah konsep yang abstrak di kalangan warganya, sesuatu yang hanya mempengaruhi negara-negara jiran yang jauh ke selatan seperti Cuba dan Venezuela, tanpa menyedari bahawa kini ideologi itu sudah sampai di hadapan pintu ‘negara Uncle Sam’ itu sendiri.

Komunisme tanpa sedar telah tersebar di Amerika Syarikat atas nama perjuangan seperti sosialisme, progresivisme, liberalisme, neo-Marxisme, dan sebagainya yang secara perlahan telah menyerap masuk sejak beberapa dekad yang lalu melalui penindasan yang sistematik oleh Soviet Union, dan kini Parti Komunis China (PKC).

Jeenah Moon/Getty Images

Pertempuran kumulatif ini menentukan masa depan Amerika Syarikat yang mana seiring itu juga akan mempengaruhi keadaan di seluruh dunia, kini muncul dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat.

Ini adalah konflik yang melangkaui pemilihan dalam parti dan gabungan parti.

Asas kepercayaan rakyat Amerika Syarikat sejak dari mula ialah negara ini ditubuhkan atas kepercayaan kepada Tuhan. Kolonis terawal yang berhijrah ke Amerika Syarikat kerana mereka mempercayai akan dapat mengamalkan kepercayaan dan agama masing-masing secara aman dan bebas. 

Amerika Syarikat didirikan atas kepercayaan bahawa manusia itu diciptakan sama di sisi Tuhan dan kepercayaan kepada Maha Pencipta adalah hak setiap individu. Moto Amerika Syarikat itu sendiri adalah ‘Kepada Tuhan Kami Percayai’.

Kepercayaan kepada Tuhan dan prinsip-prinsip yang berasal dari kepercayaan itu adalah penyebab atau alasan asas mengapa Amerika Syarikat menjadi sebuah negara hebat yang dikagumi seluruh dunia kerana warganya tidak pernah gagal untuk menikmati kebebasan, demokrasi, dan kemakmuran, sebab mengapa Amerika Syarikat menjadi negara paling hebat di dunia pada hari ini.

Dalam tradisi yang hebat ini, hak untuk memilih pemimpin atau hak untuk mengundi adalah menjadi tugas dan tanggungjawab setiap warganegara untuk menentukan siapa yang layak untuk meneraju Amerika Syarikat. Pada tahun ini, Amerika Syarikat telah memilih Presiden mereka dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat yang ke-59.

Sejak itu, pihak Epoch Times menyedari bahawa proses ini telah didapati goyah dan tumbang. Dakwaan terdapat penipuan dalam proses pengundian yang berleluasa, para pengundi hantu yang tiba-tiba muncul, jelas menunjukkan kelemahan dalam sistem dan usaha sabotaj secara sistematik untuk mengubah keputusan pilihan raya.

Terdapat kuasa jahat berhaluan kiri dan komunis di belakangnya, kekuatan sama yang pernah digambarkan oleh Karl Marx sebagai pernah menghantui Eropah, yang menggunakan pembohongan, penipuan, dan manipulasi dalam usaha untuk merampas hak dan kebebasan rakyat.

Salah satu daripada dua parti utama Amerika Syarikat, iaitu Parti Demokrat bukan lagi parti politik yang sama seperti dahulu. Selama beberapa dekad, secara beransur-ansur unsur komunisme dan ideologi Marxis telah meresap masuk, ideologi yang telah mewujudkan rejim komunis yang paling kejam dan menindas dalam sejarah manusia.

Ideologi komunis, termasuk sosialisme dan idea-idea yang berkaitan, bukanlah ideologi yang normal. Ideologi inilah yang telah menyebabkan kematian tidak wajar dengan sekurang-kurangnya 100 juta orang di seluruh dunia.

Ideologi komunis menggunakan konsep yang nampak benar, seperti hak ‘kesamaan’ dan ‘pembaikan politik’ untuk mengelirukan pemikiran rakyat. Ideologi yang telah menyusup ke semua bidang dalam masyarakat di Amerika Syarikat pada ketika ini, termasuk pendidikan, media dan seni.

Ideologi yang secara tidak bertanggungjawab akan menghancurkan perkara atau nilai lazim serta tradisi termasuk kepercayaan, agama, moral, budaya, keluarga, seni, pendidikan, undang-undang dan sebagainya, juga menyebabkan semakin ramai orang mengalami keruntuhan moral.

Ini adalah ideologi totalitarianisme, yang mendorong negara-negara yang berkembang maju seperti Venezuela ke jurang kehancuran dan mampu menghancurkan budaya bersama tamadun 5,000 tahun di China, di mana semua orang diperintahkan untuk beralih daripada kepercayaan kepada Tuhan kepada ketaatan atau pengabdian terhadap negara.

Ini adalah pembatalan nilai baik secara sistematik yang mana umat manusia pertahankan selama ini. Jelas menunjukkan ia satu tindakan yang bertentangan dengan prinsip kebaikan, keadilan, kebenaran, dan belas kasihan.

Ia bukan hanya melemahkan semangat manusia dan kepercayaan mereka kepada Tuhan, tetapi telah turut mengheret rakyat Amerika Syarikat dan seluruh umat manusia di dunia ke ambang bahaya.

Pilihan antara baik dan jahat.

Unsplash/ Gambar Hiasan

Ini adalah konflik yang melangkaui pemilihan parti, pertempuran antara sama ada warga Amerika Syarikat tetap berpegang teguh kepada prinsip-prinsip dan pendirian kepercayaan kepada Tuhan, atau warganya akan dipengaruhi oleh satu kuasa yang sedang berusaha mengawal dan menghancurkan hak-hak mereka yang paling asas.

Ini bukan suatu pandangan yang boleh diambil ringan kerana para pengasas Epoch Times pernah melalui kehidupan yang berada di bawah kuasa totalitarian rejim komunis, dan memahami kekuatan kuasa itu yang mampu memusnah.

Epoch Times sebuah organisasi media yang bebas dan tidak memihak dalam isu politik atau calonnya, melainkan hanya berprinsip untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan kebenaran.

Namun, Amerika Syarikat kini semakin hampir jatuh ke dalam jurang yang memihak kepada komunis.

Di tengah-tengah pertempuran ini sekarang adalah Presiden Donald Trump, yang dengan jelas berkata tidak kepada sosialisme dan komunisme dan mengakhiri perdamaian terhadap rejim komunis China selama puluhan tahun dengan melakukan usaha di seluruh negara untuk melawan pengaruh dan penyusupan masuk ideologi ini yang secara halus.

Trump telah berhadapan dengan PKC pada saat paling genting dalam sejarah. 

Bagi komunis China, lintasan ini amat jelas, bahawa Donald Trump adalah Presiden Amerika Syarikat yang menghargai tradisi dan menentang komunisme, dan selama dalam kepimpinannya, rejim komunis China maklum mereka tidak akan berjaya dalam objektifnya selama puluhan tahun untuk menggulingkan Amerika Syarikat dan dalam erti kata lain, keseluruhan dunia yang bebas.

Komunis China menghampiri pintu gerbang Amerika Syarikat dan bersedia untuk mengambil alih. Parti Komunis China telah mengkaji sistem Amerika Syarikat dengan teliti selama beberapa dekad dan kini telah berjaya memanfaatkan masyarakat berfikiran terbuka di Amerika Syarikat sambil mula menyusup masuk ke dalam negara itu.

Dalam negara itu sendiri, kumpulan berhaluan kiri seperti Black Lives Matter (yang merujuk kepada organisasi, di mana pengasasnya menggambarkan diri mereka sebagai ‘Marxis’ dan mempunyai hubungan dengan kumpulan pro-PKC, dan mereka bukan orang yang secara teguh menyokong perjuangan golongan kulit hitam) dan Antifa yang menganjurkan tunjuk perasaan dan rusuhan jalanan.

Tom Pennington/Getty Images

Gerakan ini menyamai dengan kegiatan yang pernah dilakukan Revolusi Kebudayaan PKC, yang menghancurkan warisan budaya dan tradisi negara. Ini adalah gerakan anti-Amerika, seperti Revolusi Kebudayaan yang anti-China. Teras ideologi pergerakan ini tidak jauh berbeza dengan pergerakan komunis di China, dan ia berjalan seiring dengan PKC, yang bersiap sedia untuk menumbangkan Amerika Syarikat.

Kesan pilihan raya kali ini sangat meluas. Ia jelas memberi petunjuk kepada rakyat, kerajaan dan organisasi di seluruh dunia bahawa mereka harus memutuskan sama ada untuk berdiri seiring bersama komunis dengan nilai kejahatan atau berterusan mengekalkan nilai-nilai tradisi dan universal.

Semakin ramai warga Amerika menyedari bahawa Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat 2020 bukan pertarungan antara dua parti, bukan pertikaian antara Donald Trump dan Joe Biden, tetapi pertarungan antara tradisi dan sosialisme, pertempuran antara kebaikan dan kejahatan, serta pertarungan antara kepercayaan Ilahi dan syaitan komunisme.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Benua Amerika GLOBAL

Video Popular