Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberi kemudahan kepada ahli yang terjejas untuk mendapat akses Akuan 1 bagi kemudahan i-Sinar.

Program i-Sinar yang dianggarkan bernilai RM14 bilion akan memenuhi keperluan dan beban aliran tunai dua juta ahli KWSP yang layak, merangkumi ahli yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau ketiadaan sumber pendapatan.

Ahli yang layak boleh membuat permohonan bermula Disember 2020 dengan amaun akan dikreditkan ke dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat.

Menurut KWSP, pengeluaran pertama akan bermula pada Januari 2021 di mana amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan.

Berikut adalah perincian amaun yang boleh diakses bagi ahli yang berminat membuat permohonan di bawah i-Sinar.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular