Petikan piano sememangnya menenangkan kita. Kajian menunjukkan bahawa masa yang dihabiskan dengan bermain piano mampu memperbaiki tahap kesihatan mental.

Individu yang memainkan piano difahamkan hanya mengalami tahap kegelisahan dan depresi yang rendah berbanding dengan individu biasa.

Namun bukan senang sebenarnya untuk mahir bermain piano, bukan? Ia memerlukan minat yang mendalam serta disiplin yang tinggi.

Foto hiasan/Pixabay

Pendek kata, tidak ramai yang boleh memainkannya dengan baik walaupun ada nota muzik di hadapan. Apatah lagi jika tanpa rujukan nota muzik?

Satu akaun dari Taiwan iaitu 古典好好聽 Classicalmusic to go baru-baru ini ada memuat naik video yang mempamerkan bakat seorang lelaki bermain piano.

Lelaki tersebut difahamkan bekerja di kilang menghasilkan besi namun ia langsung tidak merencatkan rasa cintanya pada piano.

古典好好聽 Classicalmusic to go/Facebook

Buktinya, dia mampu mengalunkan lagu ciptaan pemuzik Jerman terkemuka, Johann Pachelbel menerusi piano yang dimainkannya dengan begitu baik sekali.

Dan lebih mengagumkan, ianya dilakukan tanpa lelaki itu melihat pada nota muzik lagu Canon in D berkenaan. Satu bakat yang hebat!

Lihatlah video penuh di bawah :

Sungguh bersahaja namun tetap indah. Petikan piano sebegini sememangnya memberikan kesan yang positif pada diri kita.

Menurut pakar, ia mampu memberikan ketenangan serta merehatkan otot manusia, di samping berupaya menghilangkan tekanan dan stres yang dialami.

Ternyata muzik tidak membezakan kedudukan seseorang itu, sama ada golongan profesional mahupun tidak. Kini semua boleh bermain dan menikmati muzik!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular