Sektor ekonomi dunia terutamanya industri pelancongan merupakan antara sektor yang menerima kesan paling buruk disebabkan oleh penyebaran virus Parti Komunis China atau virus PKC (COVID-19).

Di Malaysia misalnya, sekitar 40 hotel bajet di kawasan bandar-bandar utama negara akan ditutup sekali gus mengakibatkan hampir 2,000 terpaksa diberhentikan kerja sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) terus dilanjutkan sehingga akhir tahun.

Namun begitu, masih terdapat beberapa premis hotel yang membuka pintu mereka dengan mengalu-alukan golongan gelandangan untuk menginap di hotel secara percuma. Sememangnya satu tindakan yang cukup murni.

Worcester News

Hotel yang melaksanakan langkah ini adalah Hotel Fownes yang terletak di Worcester, England. Di hotel ini, para gelandangan bukan sahaja diberikan penginapan secara percuma tetapi mereka turut disajikan dengan makanan yang enak di hotel. Perkara ini boleh dijadikan satu contoh yang baik kepada ramai orang di luar sana.

Lebih mengagumkan lagi, para gelandangan ini turut membalas budi baik pihak hotel dengan menawarkan perkhidmatan dan kemahiran mereka kepada hotel. Eddie Boult merupakan seorang bekas pekerja penurap batu-bata dan menjadi salah seorang gelandangan yang menginap di Hotel Fownes.

Sebagai tanda terima kasih kepada pihak hotel kerana sudi memberikannya merasai pengalaman menginap di hotel secara percuma, Eddie telah menawarkan kemahirannya sebagai tukang batu dan membina dinding serta halaman di kawasan hotel tersebut.

Worcester News

Sementara itu, para tetamu lain pula turut menghulurkan bantuan dengan melakukan kerja-kerja mengemas bilik, berkebun dan sebagainya. Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban para pekerja hotel yang tidak mempunyai ramai kakitangan semenjak perintah kawalan pergerakan dilaksanakan di negara itu pada Mac lalu.

“Saya tidak pernah tidur di atas katil berkembar sebelum ini. Saya gembira berada di sini. Ini adalah hotel lima bintang yang sanggup menempatkan golongan gelandangan,” kata Peter Swinbourne yang telah menjadi gelandangan selama 25 tahun.

GoodNews Network

“Makanannya sangat sedap. Saya berasa lebih sihat selepas saya menginap di sini,” jelas Terrence Marriot yang telah menginap di hotel berkenaan selama enam minggu.

Sementara itu, ketika ditanya tujuan pembukaan Hotel Fownes kepada golongan gelandangan, pembantu pengurus hotel iaitu Julie Merrick menyatakan bahawa pihak hotel sekadar mahu membantu golongan yang dalam kesusahan.

“Tetamu baru kami sangat baik dan mensyukuri segala bantuan yang telah diberikan. Mereka juga menjaga bilik masing-masing dengan rasa hormat”.

Selain memberikan kemudahan penginapan, Hotel Fownes juga menjalinkan kerjasama dengan pusat kebajikan gelandangan bagi membantu menangani ketagihan gelandangan, mencari sumbangan dan penginapan lain di masa hadapan.

Selain Hotel Fownes, sebuah lagi di British Columbia, Kanada turut melakukan amal kebajikan dengan membuka pintu hotel kepada para gelandangan.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular