Semasa kecil, anda pasti pernah membaca buku cerita rakyat seperti Si Itik yang Hodoh, Pak Pandir, Si Tanggang, Hikayat Sang Kancil, Kisah Arnab dan Kura-Kura dan salah satu yang digemari admin adalah cerita kanak-kanak berjudul Gagak Yang Kehausan. 

Kisah ini menceritakan tentang seekor burung gagak yang kehausan dan telah menemui sebotol air. Namun, sang gagak tidak berjaya untuk meminum air di dalam botol berkenaan kerana airnya terlalu sedikit.

Jadi, gagak telah memikirkan jalan penyelesaian yang pintar dengan memasukkan batu-batu kecil ke dalam botol sehingga membolehkannya meminum air di dalam botol tersebut.

@PakYobKayuh/Twitter

Itu adalah kisah kanak-kanak yang sangat terkenal dan direka bagi memberikan pengajaran dan nilai murni. Tetapi anda pasti terkejut dan berpendapat bahawa kisah ini sebenarnya bukan kisah dongeng setelah tertularnya video yang menunjukkan kegigihan seekor burung mengisi batu di dalam botol untuk meminum air.

Dalam video yang dikongsikan oleh pengguna Twitter @PakYobKayuh ini, kelihatan seekor burung murai gigih berulang-alik memungut batu kecil di kawasan sekitar dan memasukkannya ke dalam botol. Malah, burung murai ini juga dilihat menikmati sedikit air sebaik sahaja memasukkan batu yang pertama.

@PakYobKayuh/Twitter

Namun, ‘tidak puas hati’ kerana air yang diminum terlalu sedikit, burung murai ini terus berkeliaran mencari batu-batu lain sebelum memasukkannya ke dalam botol dan cuba sekali lagi merasai air berkenaan. Kepintaran burung murai ini ternyata membuahkan hasil apabila ia akhirnya berjaya menikmati air di dalam botol berkenaan. 

@PakYobKayuh/Twitter

@PakYobKayuh/Twitter

Penularan video yang dimuat naik pada 14 November lalu sehingga kini meraih lebih 462,000 jumlah tontonan! Ramai tidak menyangka bahawa cerita zaman kanak-kanak mereka yang dahulunya dianggap sebagai kisah teladan rupanya benar-benar terjadi di zaman ini!

“Teringat masa kecil dahulu ada baca buku kisah burung kehausan nak minum. Betul-betul kisah ini terjadi”.

“Comelnya. Satu persatu burung ini masukkan batu-batu itu”.

“Terus teringat waktu sekolah rendah”.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular