Bagi para peminat gajet keluaran Apple, kemunculan telefon pintar iPhone 12 yang mula dipasarkan di Malaysia pada 13 November lalu semestinya menjadi satu momen yang ditunggu-tunggu.

Dijual pada tanda harga bermula RM3,399 untuk siri mini dan berakhir pada tanda harga RM6,699 untuk siri iPhone 12 Pro Max, rakyat Malaysia nampaknya benar-benar tidak sabar untuk menjadi antara yang pertama merasai pengalaman penggunaan telefon pintar serba canggih ini.

Gambar hiasan/Unsplash

Walaupun pada waktu ini kebanyakan warganet masih lagi mengutarakan pendapat masing-masing berkenaan dengan belanjawan 2021 yang dilihat tidak begitu memihak kepada golongan B40, namun sebaliknya telah berlaku apabila beberapa kiriman gambar di media sosial menunjukkan bagaimana penduduk di negara ini sanggup beratur panjang untuk membeli iPhone keluaran terbaharu ini di beberapa premis penjualan telefon mudah alih.

不断更新!新闻资讯/Facebook

Menurut perkongsian oleh 不断更新!新闻资讯 di laman Facebook, kiriman berkenaan menulis, “Ekonomi yang lemah? Semua orang tergila-gila dengan iphone 12 hari ini”

不断更新!新闻资讯/Facebook

不断更新!新闻资讯/Facebook

Benar, dapat dilihat bagaimana beberapa buah premis jualan alat telekomunikasi telah dikerumuni oleh pelanggan yang tidak sabar untuk membeli telefon pintar yang dipercayai merupakan antara yang paling mahal buat masa ini.

Berikutan perkongsian itu, ramai warganet yang melihat kiriman ini turut meninggalkan komen tentang pendapat mereka.

不断更新!新闻资讯/Facebook

“Bagaimana mahu mengatakan pasaran sedang (berkembang dengan) lembab?”

不断更新!新闻资讯/Facebook

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman ini telah pun meraih sehingga lebih dari 1,200 perkongsian, 371 reaksi dan 215 komen.

Nampaknya, walaupun di media sosial dapat dilihat begitu banyak komen dan pendapat yang dilontarkan oleh warganet tentang ekonomi di Malaysia, namun masih ada lagi yang berkemampuan untuk berbelanja dengan mewah walaupun kini seluruh dunia berada dalam pandemik yang masih belum berkesudahan.

Apa-apapun, dinasihatkan agar kita semua dapat berbelanja mengikut kemampuan masing-masing, “ukurlah baju di badan sendiri”.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP NASIONAL

Video Popular