Antara kes yang sering kita dengar baik di surat khabar mahupun di internet ialah kes langgar lari. Kejadian seperti ini adalah sesuatu yang serius dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Pihak yang bersalah perlu dibawa ke muka pengadilan kerana ia melibatkan kerosakan kenderaan atau lebih teruk ia melibatkan kehilangan nyawa.

Pada saat ada orang lain hanya melarikan diri setelah melakukan kesalahan, kisah kali ini membawa pengajaran yang sebaliknya.

Kisah ini diceritakan oleh seorang pengguna Facebook, Cheong yang menceritakan tentang apa yang berlaku kepadanya. Menurut Cheong, keretanya telah dilanggar oleh seseorang sehingga menyebabkan calar yang agak teruk dan ketara.

Facebook

Dia kemudian menemui sebuah nota daripada individu yang melanggar keretanya. Di dalam nota tersebut, individu yang bernama Effa telah meminta maaf kerana tidak sengaja mencalarkan ‘bumper’ bahagian depan sebelah kiri keretanya.

Tidak hanya itu, Effa juga menawarkan diri untuk menghantar kereta tersebut untuk dibaiki supaya kelihatan baru.

Facebook

Cheong mengatakan bahawa dia tersentuh dengan kejujuran wanita tersebut kerana Effa boleh sahaja melarikan diri tanpa membayar apa-apa tetapi sebaliknya yang dilakukan.

“Walaupun dia boleh sahaja melarikan diri, dia memutuskan untuk menulis nota ini dan membayar ganti rugi,” kata Cheong.

Dia kemudian meminta bantuan orang ramai sekiranya mereka mempunyai cadangan mengenai tempat-tempat di mana dia boleh mendapatkan harga yang berpatutan untuk membaik pulih keretanya. Dia juga ingin menolong Effa supaya wanita itu tidak ditipu.

Wanita bernama Effa itu mungkin melakukan kesalahan kerana cuai ketika memandu, tetapi sikapnya yang jujur perlulah dipuji dan dicontohi. Semua orang melakukan kesilapan tetapi tidak ramai yang sanggup untuk mengakui kesilapan sendiri dan meminta maaf.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular