Untuk dilantik menjadi seorang anggota Bomba dan Penyelamat yang terlatih sememangnya bukan suatu perkara yang mudah. Banyak sesi latihan dan cabaran yang perlu dilalui sebelum seseorang anggota dapat disahkan perjawatannya.

Mana tidaknya, jawatan sebagai anggota Bomba dan Penyelamat adalah salah satu jawatan yang menanggung tanggungjawab yang besar dan mereka sememangnya perlu disahkan kemahiran mereka agar mereka dapat menyelamatkan orang awam yang sedang berada dalam situasi kecemasan.

Friends of Bomba Malaysia/Facebook

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila laman kumpulan Friends of Bomba Malaysia di laman Facebook telah memuatnaik video rakaman salah-satu latihan yang perlu dijalani oleh anggota Bomba dan Penyelamat yang memerlukan mereka bersiap sedia dan mengharungi rintangan dalam masa yang paling pantas yang mereka boleh lakukan.

Friends of Bomba Malaysia/Facebook
Friends of Bomba Malaysia/Facebook

Latihan yang dilalui ini pula dalam masa yang sama turut dipantau oleh seorang pegawai yang sentiasa merekod masa yang diambil oleh anggota yang sedang menjalani latihan agar anggota berkenaan dapat sentiasa berwaspada dengan jumlah masa yang diambil untuk melalukan satu-satu cabaran.

Friends of Bomba Malaysia/Facebook

Setiap rintangan yang perlu diselesaikan pula semuanya adalah tidak mudah. Ada antaranya yang memerlukan anggota untuk memanjat dengan pantas, melintasi laluan udara dengan menggunakan tali, menuruni kawasan tinggi dengan menggunakan tali dan sebagainya. Setiap satu rintangan yang dilalui pula perlu sentiasa dilakukan dengan pantas dan cekap.

Setiap satu cabaran perlu dilakukan dengan pantas, tepat dan yang paling penting perlu dilaksanakan tanpa kesilapan walau sedikitpun.

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman yang dimuatnaik pada 8 November lalu ini telahpun meraih sehingga lebih dari 22 juta tontonan, 3,680 perkongsian dan lebih dari 1,400 komen daripada warganet yang rata-ratanya berasa kagum dengan kemampuan anggota bomba yang sangat terlatih di negara ini.

Friends of Bomba Malaysia/Facebook

Tabik hormat perlu diberikan untuk segala usaha dan pengorbanan yang telah dilalui oleh semua anggota Bomba dan Penyelamat yang berkhidmat untuk negara ini. Mereka sememangnya telah meraih rasa hormat dengan cara yang paling murni dan membanggakan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular