Seorang perempuan warga emas berusia 87 tahun dari Liling, Hunan, China berdepan situasi cemas apabila dia terjatuh secara tidak sengaja di dalam sebatang sungai dan tindakannya untuk menenangkan diri serta mengapungkan diri telah berjaya menyelamatkan nyawanya.

China Daily/YouTube

Menurut laporan oleh Sin Chew Daily, wanita berkenaan pada mulanya bersiar-siar berhampiran sungai berkenaan pada 8 November lalu sebelum dia cuba untuk membasuh tangannya menggunakan air sungai selepas selesai memakan kek bulan yang dibawa bersama.

Walau bagaimanapun, ketika wanita itu sedang membasuh tangan, dia telah hilang kawalan dan terjatuh ke dalam sungai.

China Daily/YouTube

Keadaannya yang tidak tahu untuk berenang pada mulanya membuatkan wanita itu hampir lemas dan telah tertelan sejumlah air sungai ketika cuba untuk mendapatkan bantuan. Syukurlah, orang ramai yang lalu-lalang pada waktu itu dengan segera mengubungi pihak penyelamat untuk menyelamatkan wanita malang berkenaan.

China Daily/YouTube

Bagaimanapun, tindakan wanita itu yang mengapungkan dirinya sendiri dengan meletakkan tangan di bahagian dada sebenarnya telah menyelamatkan nyawanya.

Menurut wanita itu selepas diselamatkan, dia cuba untuk menenangkan diri dan mengapungkan diri setelah kehabisan tenaga ketika cuba untuk mendapatkan bantuan. Disamping itu, keadaan air sungai yang tenang pada waktu itu juga menjadi salah satu faktor yang berjaya menyelamatkan nyawanya.

China Daily/YouTube

Sehingga dia diselamatkan oleh pihak penyelamat, wanita itu masih lagi berada dalam keadaan terapung di atas air dan dia kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang diperlukan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL VIDEO

Video Popular