Harimau merupakan salah satu haiwan yang paling digeruni ramai tidak kiralah manusia mahupun haiwan.

Disebabkan itu, tidak hairanlah apabila harimau diberi jolokan sebagai ‘raja rimba’ kerana dengan melihat kehadirannya sahaja boleh membuatkan sesiapa sahaja berlari seperti ‘tidak cukup tanah’!

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila beberapa keratan rakaman yang digabungkan menunjukkan bagaimana haiwan sendiripun benar-benar gerun dengan kehadiran raja rimba ini.

Peralatan yang digunakan untuk video usikan ini sebenarnya hanyalah sebuah patung harimau bersaiz besar, tetapi hasil usikannya benar-benar membuatkan haiwan-haiwan lain terkejut dan serta-merta melarikan diri!

Funny Challenge/YouTube

Funny Challenge/YouTube

Antara haiwan yang diusik dalam video ini adalah anjing jalanan yang dilihat sedang beristirehat dengan tenang.

Menerusi video yang dimuat naik, semuanya bermula dengan seekor anjing jalanan yang sedang berehat sebelum seorang individu datang secara senyap dan meletakkan patung harimau di belakang anjing berkenaan.

Funny Challenge/YouTube

Funny Challenge/YouTube

Yang lucunya, ketika anjing itu tidak menyedari kehadiran ‘harimau’ berkenaan, mereka hanya berkelakuan santai dan tenang sahaja. Bagaimanapun, sebaik sahaja mereka menoleh dan melihat wajah ‘harimau’ yang betul-betul berada di hadapan wajah mereka, dengan segera mereka terus bangun dan berlari bagai tiada hari esok!

Memang lucu betul!

Funny Challenge/YouTube

Bukan hanya seekor dua anjing sahaja yang terkena dengan usikan ini, malah hampir sepuluh ekor anjing yang terkena usikan ini dan hampir kesemuanya terkejut dan terus berlari menyelamatkan diri!

Funny Challenge/YouTube

Funny Challenge/YouTube

Selain anjing, beruk juga tidak kurang terkejutnya apabila berdepan dengan harimau jadian ini.

Menerusi kiriman oleh @RickyCassim di laman Twitter, sebuah video yang menunjukkan bagaimana seekor beruk yang ‘terkejut beruk’ sebaik sahaja melihat patung harimau di hadapannya telah membuatkan ramai warganet tidak kering gusi.

@RickyCassim/Twitter

Reaksi terkejut oleh beruk ini pula adalah yang paling lucu kerana beruk ini bukan sahaja berlari, malah turut melompat apabila pertama kali melihat kelibat patung harimau ini!

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman video YouTube di saluran Funny Challenge telah pun meraih sehingga 641,561 tontonan, lebih dari 5,600 sukaan dan 128 komen. Manakala, kiriman tweet dari @RickyCassim telah pun meraih sehingga lebih dari 9,600 ulang kicau dan lebih dari 9,300 sukaan.

Memang lucu betul usikan yang dirakamkan ini. Syukurlah, tiada haiwan yang tercedera mahupun terkorban dalam usikan yang agak dahsyat ini.  

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular