KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Group Bhd, Tan Sri Tony Fernandes telah memuat naik gambarnya menjadi penghantar makanan bagi perkhidmatan baharu yang dikenali sebagai AirAsia Food.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tony Fernandes (@tonyfernandes)

Menerusi laman Instagram milik beliau, Tony telah berkongsi gambarnya berbaju putih bersama sebuah motosikal yang dilengkapi dengan kotak simpanan makanan bagi melakukan kerja-kerja penghantaran makanan dengan kapsyen “Bersedia membuat penghantaran ke rumah anda. Sila lawati @airasiafood”.

AirAsia Food merupakan satu platform penghantaran makanan dalam talian yang baharu dan ditubuhkan bagi menyokong perniagaan serta francais tempatan yang terkesan berikutan pandemik yang berlaku pada ketika ini. Malah, idea ini juga dipercayai dapat membantu syarikat penerbangan AirAsia yang menerima kesan paling buruk akibat sekatan pergerakan global sekali gus menyokong operasi kumpulan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by airasia food (@airasiafood)

Pada masa yang sama, syarikat makanan dan minuman Santan yang juga merupakan jenama menu dalam penerbangan AirAsia telah membuka peluang pekerjaan sebagai penghantar makanan dan lebih 50 kakitangan AirAsia yang terdiri daripada kru penerbangan, juruterbang, ejen perkhidmatan darat dan lain-lain tidak melepaskan peluang untuk menjadi penghantar makanan di syarikat berkenaan.

Perkhidmatan AirAsia Food hanya terdapat di kawasan Lembah Klang dan meliputi lebih 200 peniaga termasuk perusahaan tempatan dan cawangan rangkaian makanan dan minuman. Menurut kenyataan, pihak syarikat mengenakan kadar 0% komisen bagi membolehkan para peniaga untuk mengendalikan perniagaan mereka tanpa perlu membayar kadar komisen yang tinggi.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES GAYA HIDUP

Video Popular