DETROIT – Timbul beberapa dakwaan yang menyatakan melihat beberapa kotak undian meragukan tiba dari luar negeri sewaktu pengiraan undian dilakukan pada jam 4.30 pagi, 4 November lalu.

Pada 10 November yang lalu, jurucakap Jawatankuasa Nasional Republik, Elizabeth Harrington, telah memuat naik kenyataan seorang pemerhati undian di Detroit di Twitter.

Menurut pemerhati undian tersebut, beliau telah menyaksikan ‘puluhan ribu undian’ telah dihantar dari luar negeri. Berbeza dari mana datangnya undi yang lain, kesemua kotak undian meragukan ini dilaporkan dialihkan dari bilik belakang dan telah memerhatikan setiap kertas undian dalam kesemua kotak undian meragukan mencatatkan nama Joe Biden.

EVA MARIE UZCATEGUI/AFP via Getty Images

Harrington juga memuat naik tangkapan layar dalam tweet ini, yang menyenaraikan sekurang-kurangnya 12 pernyataan saksi mengenai keadaan di pusat pengiraan undi pada awal pagi 4 November.

Tangkapan layar Twitter | Elizabeth Harrington

Salah seorang pemerhati undian yang bernama Robert Cushman dari Michigan menjelas, operator yang mengendalikan kotak undian ini telah memasukkan nama dan alamat pengundi secara manual meskipun nama pengundi bagi kotak undian yang baru tiba itu tidak terdapat di dalam sistem Buku Undian Elektronik (QVF).

“Apabila saya bertanya penjelasan tentang pengiraan undian daripada pengundi yang tidak dikenali, saya dimaklumkan oleh penyelia pilihanraya bahawa Pejabat Kerani Daerah Wayne telah memeriksa kesemua kertas undi. Saya meragui proses ini memandangkan nama pengundi tiada di dalam QVF dan tarikh lahir yang dimasukkan untuk semua undian ini adalah 01-01-1900”.

“Setiap undian adalah tipu dan dimasukkan secara manual ke dalam QVF sebagai pengundi yang lahir pada 1 Januari 1900. Kumpulan undian terakhir ini diproses sekitar jam 8 malam hingga 10 malam. Apabila saya bertanya mengenai kemustahilan setiap undian memiliki tarikh lahir yang sama, saya diberitahu bahawa arahan berkenaan datang daripada Pejabat Kerani Daerah Wayne,” jelas Robert Cushman yang telah menyaksikan aktiviti penipuan ini dijalankan.

JEFF KOWALSKY/AFP via Getty Images

Berdasarkan kenyataan bertulis yang dibuat oleh Robert Cushman terhadap Pejabat Kerani Daerah Wayne, beliau meminta pihak pengadilan untuk tidak memusnahkan bukti dan mengesahkan keputusan undian serta mengadakan pemilihan yang baharu. Jelas Cushman, undian pihak ketenteraan sepatutnya dikira pada saat akhir namun selepas undian ini dikira, dia telah melihat beberapa kotak undian baharu tiba secara mengejut.

Elaine Cromie/Getty Images

Seorang lagi pemerhati undian iaitu peguam Michigan dan bekas Penolong Peguam Michigan, Zachary Larsen turut mengemukakan dakwaan sama dalam tuntutan mahkamah. Beliau dilaporkan menyaksikan pegawai memproses kertas undian dengan memasukkan nama baharu di dalam buku undian dan membuat tandatangan sendiri.

“Saya khuatir kerana tindakan memasukkan nama dan nombor ini menunjukkan bahawa undian tersebut telah diambil kira sebagai pengundi tidak sah yang tiada di dalam buku undian”.

Elaine Cromie/Getty Images

Seorang pekerja di Detroit, Jessy Jacob, turut memberikan kenyataannya yang menegaskan bahawa dia telah diberikan arahan untuk tidak meminta pengesahan diri daripada para pengundi yang hadir untuk undi. Malah, dia turut mendakwa melihat para pekerja Detroit yang masuk ke bilik mengundi bersama pengundi dan menasihati mereka untuk mengundi Joe Biden dan parti Demokrat.

Biden dilaporkan menerima sebanyak 146,137 jumlah undian melebihi Presiden Donald Trump pada 9 November lalu meskipun Michigan belum lagi mengesahkan keputusan undian. Kini, Trump sedang berkempen untuk menentang Pennsylvania dan Arizona yang dikatakan terlibat dalam penyelewengan undian dan meminta untuk melakukan semula pengiraan undian.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Benua Amerika GLOBAL

Video Popular