WASHINGTON – Presiden Donald Trump telah mengeluarkan perintah eksekutif yang melarang orang Amerika untuk melakukan pelaburan di syarikat-syarikat China yang menyokong tentera China bermula jam 9.30 pagi pada 11 Januari 2021.

Mark Wilson/Getty Images

Arahan ini turut dikeluarkan berikutan peningkatan kebimbangan terhadap dana pencen yang disalurkan kepada syarikat asing yang menyokong rejim ketenteraan China. Kebanyakan dana yang disalurkan adalah disasarkan kepada syarikat ketenteraan China termasuklah yang ditetapkan sendiri oleh Pentagon pada Jun dan Ogos tahun ini.

Beijing “semakin mengeksploitasi modal Amerika Syarikat untuk mendapatkan sumber daya dan untuk memungkinkan pengembangan dan pemodenan ketenteraan, perisikan, dan alat keselamatannya yang lain,” menurut dalam perintah tersebut.

Parti Komunis China menggunakan syarikat-syarikat China untuk memperkuat Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) melalui strategi nasionalnya “Military-Civil Fusion” yang agresif.

“Pada masa yang sama, syarikat-syarikat tersebut mengumpulkan modal dengan menjual sekuriti kepada pelabur Amerika Syarikat yang berdagang di bursa awam di sini dan di luar negara,” menurut dalam perintah itu.

STR/AFP via Getty Images

Tahun ini, Kementerian Pertahanan telah menetapkan 31 syarikat China sebagai syarikat ketenteraan China yang beroperasi secara langsung mahupun tidak langsung di Amerika Syarikat. Hal ini turut melibatkan syarikat yang dimiliki atau dikawal oleh People’s Liberation Army (PLA) atau Tentera Pembebasan Rakyat.

Sebilangan besar syarikat ini diperdagangkan secara terbuka di bursa saham di seluruh dunia, dan berjuta-juta pelabur AS, melalui dana pencen mereka, secara tidak sengaja memindahkan kekayaan dari Amerika Syarikat ke entiti-entiti ini.

Antara syarikat yang terlibat adalah Aviation Industry Corp. of China, Huawei dan Hangzhou Hikvision.

Sementara itu, RWR Advisory yang merupakan sebuah badan perundingan risiko dan penyelidikan Washington melaporkan bahawa syarikat China National Chemical Corp. (ChemChina) dan China Three Gorges Corp. (CTG) telah berjaya mengumpul sebanyak USD 3.4 bilion (RM14.02 bilion) dalam penawaran bon pada September yang lalu. Antara pelabur Amerika Syarikat yang terlibat dalam penawaran bon ini adalah Bank Goldman Sachs, Bank of America, JPMorgan Chase dan juga Morgan Stanley.

“Tindakan Presiden ini adalah untuk melindungi para pelabur Amerika daripada memberikan modal yang disalurkan untuk meningkatkan keupayaan PLA dan perkhidmatan risikan People’s Republic of China,” kata penasihat keselamatan Rumah Putih, Robert O’Brien.

Sehingga 2 Oktober, terdapat 217 syarikat China yang tersenarai di bursa AS, dengan nilai keseluruhan pasaran USD 2.2 trilion (RM 9.07 trilion), menurut Suruhanjaya Kajian Ekonomi dan Keselamatan AS-China.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Beijing juga telah melobi penyedia dan dana indeks global untuk meningkatkan wajaran saham dan bon China dalam penanda aras atau portfolio mereka. Sebagai contoh, penyedia indeks yang dominan, MSCI, pada tahun lalu telah meningkatkan wajaran saham China dalam indeksnya, menyebabkan berbilion dolar mengalir ke syarikat-syarikat China.

Ramai pihak turut memuji dan menyokong keputusan Trump untuk mengharamkan sebarang bentuk pelaburan ke atas syarikat-syarikat China ini bagi mengelakkan eksploitasi Parti Komunis China terhadap pasaran Amerika Syarikat.

Senator Marco Rubio (R-Fla.), menyambut baik perintah eksekutif dan mendesak Kongres untuk mengikutinya.

“Eksploitasi Parti Komunis China terhadap pasaran modal AS adalah risiko yang jelas dan berterusan terhadap keselamatan ekonomi dan negara AS,” katanya.

Kami tidak boleh meletakkan kepentingan Parti Komunis China dan Wall Street di atas pekerja Amerika dan pelabur ibu-dan-pop.”

Ia akan menjadi sukar bagi pentadbiran berikutnya untuk membalikkan dasar Trump, menurut Roger Robinson, presiden serta CEO RWR Advisory Group. Robinson juga merupakan bekas ketua Suruhanjaya Kajian Ekonomi dan Keselamatan A.S.-Kongres.

Rep. Jim Banks (R-Ind.), juga memuji tindakan itu. Ini kerana pada bulan Jun yang lalu, Banks telah memperkenalkan rang undang-undang ‘Stop Funding the PLA Act’ yang serupa dengan perintah eksekutif.

“Ini adalah salah satu keputusan yang paling bijak dan penting pernah Presiden Trump lakukan sejak beliau masuk ke pejabat. Memang tidak masuk akal Amerika pernah membenarkan pembiayaan dana kepada musuh global negara dan kesilapan ini tidak harus kita ulangi.” kata Banks.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular