Haiwan peliharaan di rumah sememangnya perlu dibekalkan dengan khasiat makanan yang mencukupi agar mereka kekal sihat dan bernutrisi.

Menurut pakar, tulang berupaya memberikan beberapa faedah kesihatan penting seperti menjaga kesihatan gigi dan gusi kucing.

Foto hiasan/Pinterest

Namun tulang yang dimaksudkan adalah tulang berdaging mentah iaitu tulang ayam mentah – bahagian leher, kepak dan peha.

Dan bukanlah tulang ikan. Jika tidak, jadilah macam apa yang menimpa kucing malang ini..

Dunia Kucing/Facebook

Foto ini dikongsikan oleh akaun Facebook, Dunia Kucing di mana ia jelas menunjukkan derita si kucing apabila terdapat tulang ikan yang terlekat pada lelangit mulutnya.

Inilah tulang ikan yang telah berjaya dikeluarkan. Walaupun tulang itu pendek, tetapi ia cukup memeritkan buat kucing. Kasihan!

Dunia Kucing/Facebook

Kucing tidak dapat berkata-kata jika terdapat tulang yang tersangkut di dalam mulutnya. Oleh itu, kita sebagai manusia yang bertimbang rasa, elakkan memberi mereka tulang ikan.

Jika mahu berikan tulang seperti yang disarankan pakar sekalipun, pastikan anda mengawasinya jika berlaku apa-apa kerana ianya berisiko membuatkan kucing anda tercekik.

Dunia Kucing/Facebook

Lebih baik lagi jika anda elakkan langsung memberi mereka tulang. Berikanlah mereka makanan yang khusus buat kucing.

Bahkan untuk kucing jalanan sekalipun, berikanlah mereka isi dan bukannya tulang ya!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular