KUALA LUMPUR- Pasangan jarak jauh diberi kebenaran untuk bersama pasangan masing-masing ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), dengan syarat perlu mendapat kebenaran dan kelulusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlebih dahulu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ini berikutan terdapat pergerakan merentas negeri dan kebenaran perlu diperoleh kerana ia adalah prosedur operasi standard (SOP) PKPB.

“Bagi kes pasangan yang tidak mendapat kebenaran itu, mungkin atas sebab yang kurang meyakinkan kerana semuanya tertakluk kepada kelulusan PDRM,” katanya dalam sidang media.

Majlis Keselamatan Negara (Facebook)

Borang Permit Rentas Negeri ini juga boleh diperolehi di balai-balai polis berdekatan dan perlu dihantar semula ke kaunter pertanyaan menggunakan satu salinan sahaja.

Sementara itu, individu atau pasangan masing-masing boleh memuat turun surat kebenaran rentas negeri atau borang permit PKPB dan mencetaknya melalui pautan berikut (Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB):

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular