KUALA LUMPUR – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan bahawa kerajaan kini membenarkan tiga orang dari rumah yang sama untuk berada dalam satu kenderaan berkuatkuasa mulai 13 November.

Ismail berkata mesyuarat semalam mendengar banyak pandangan mengenai isu jumlah individu yang dibenarkan dalam satu kenderaan.

“Kami bersetuju untuk mengizinkan tiga orang dalam satu kereta. Ini jug adalah peraturan yang sama untuk teksi dan kenderaan e-hailing,” kata Ismail.

Astro Radio News/Facebook

Dia menambah bahawa keputusan itu dibuat setelah orang ramai meminta untuk melonggarkan peraturan sebelum ini yang mengehadkan hanya dua orang boleh bergerak dalam satu kereta.

Bagaimanapun, kelonggaran boleh diberikan oleh polis menggunakan budi bicara jika ada lebih daripada dua orang dalam kenderaan. Contohnya, untuk membawa ibu atau bapa warga emas ke klinik kerana sakit atau suami isteri yang mempunyai anak-anak yang masih kecil dan bahaya ditinggal di rumah.

“Polis juga memaklumkan kadang-kadang agak sukar sama ada untuk menggunakan budi bicara atau tidak, selain terdapat banyak rungutan dan pandangan orang ramai meminta supaya memberi sedikit kelonggaran.” katanya lagi.

Undang-undang baru tersebut menunjukkan bahawa pihak kerajaan mendengar pandangan dan permohonan daripada orang ramai supaya dapat menambah jumlah orang dari rumah yang sama untuk bergerak dalam satu kenderaan yang sama.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular