Demam sempena jualan hebat 11.11 baru sahaja berlangsung, menyaksikan ramai daripada kita yang tidak melepaskan peluang untuk turut berbelanja.

Namun kita haruslah berhati-hati membuat pembelian, dibimbangi tertipu pula seperti apa yang menimpa pemuda dari Thailand ini.

Sinchew Daily

Lelaki berkenaan difahamkan telah membeli sebuah khemah semasa jualan 11.11 memandangkan dia mahu berkhemah bersama teman wanitanya.

Setibanya khemah itu tiba, alangkah terkejutnya lelaki itu apabila mendapati bahawa khemah itu hanya boleh memuatkan kepalanya sahaja!

Ia tidak seperti apa yang diiklankan. Menurut dakwaan penjual, khemah itu boleh memuatkan sehingga dua orang dewasa di dalamnya.

Sinchew Daily

Khemah itu sepertinya dihasilkan untuk haiwan peliharaan seperti anjing mahupun kucing gunakan sahaja. Malang betul, apa boleh buat?

“Khemah yang saya beli ini mempunyai corak bunga padanya. Saya fikir saya dapat habiskan masa bersama teman wanita saya di dalamnya”.

Sinchew Daily

“Tetapi apabila saya menerima dan melihatnya, ia ternyata berbeza dengan apa yang saya jangkakan”, kata lelaki berkenaan.

Rasa seperti tertipu pun ada, bukan? Adakah anda juga pernah mengalami situasi seperti ini?

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI Ria

Video Popular