Spesies harimau hitam sangat jarang ditemui, juga dikenali ‘Ultra Rare Black Tiger’ atau harimau hitam melanistik telah berjaya dikesan di wilayah timur Odisha, India.

Harimau hitam itu ditemui secara kebetulan oleh seorang jurugambar yang juga seorang pencinta haiwan lalu merakam gambarnya.

Pakar hidupan liar berkata terdapat kurang daripada 10 ekor spesies harimau hitam melanistik yang masih hidup di dunia dan sedang diancam kepupusan.

@AfrozJournalist/Twitter

Jurugambar hidupan liar Soumen Bajpayee dari Bankura, Benggala Barat sedang memerhatikan burung di Nandankanan Sanctuary di Odisha, apabila secara tidak sengaja telah menemui kelibat harimau yang sangat jarang ditemui ini dengan tanda belang hitam yang lebih menonjol.

Pada waktu itu, Soumen tiba-tiba terlihat kelibat seekor haiwan seperti harimau yang muncul dari kawasan hutan. Soumen terus memerhatikan harimau itu yang dirasanya sangat berbeza belangnya berbanding penampakan harimau biasa.

Harimau melanistik itu hanya keluar sebentar dan kembali semula ke dalam hutan, dengan Soumen berjaya merakam kelibatnya.

@AfrozJournalist/Twitter

Harimau itu mempunyai garis hitam lebih gelap, tebal dan banyak yang jelas berbeza dengan harimau biasa. Soumen Bajpayee terkejut dengan apa yang dilihatnya dan dia berasa amat bertuah kerana dapat melihat harimau melanistik yang sangat istimewa ini.

Jurugambar ini berkata dia pernah melihat banyak harimau sebelum ini, termasuk harimau liar dan harimau yang dibesarkan dalam kurungan, tetapi kali ini harimau yang dilihatnya amat jauh berbeza penampilannya sama sekali. Lantas dia mengeluarkan kameranya untuk mengambil gambar.

Soumen berkongsi gambar harimau hitam itu di laman sosial, yang mana telah mencetuskan perbincangan hangat di kalangan netizen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Soumen Bajpayee Wildlife (@bajpayeesoumenwildlife) on

bajpayeesoumenwildlife/Instagram

Spesies harimau hitam ‘ultra-rare’ lahir disebabkan oleh kecacatan genetik dengan apa yang digelar melanistik. Spesies harimau melanistik dikatakan hanya ditemui di India dan merupakan salah satu harimau yang paling jarang dapat dikesan. 

Menurut laporan, harimau melanistik pertama kali ditemui di Odisha pada tahun 1990-an. Dr. Bivash Pandav, seorang pakar dari Institut Penyelidikan Hidupan Liar India berkata genetik harimau hitam adalah paling unik di dunia. Hanya terdapat kira-kira 7 hingga 8 ekor harimau hitam melanistik yang masih tinggal di Odisha, India.

@AfrozJournalist/Twitter

Menurut Laporan Banci Harimau 2018, jumlah harimau hitam melanistik telah menurun secara mendadak dalam beberapa tahun kebelakangan ini dengan spesies tersebut hampir pupus. Jabatan berkaitan di Odisha menyatakan bahawa pertumbuhan penduduk dan urbanisasi yang tinggi menjadi penyebab pemampatan ruang hidup harimau.

Kebanyakan harimau hitam yang masih tinggal hanya ditemui di Simplipal Tiger Reserve di Odisha, di mana harimau hitam melanistik pertama kali muncul pada tahun 2007.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI Pesona

Video Popular