Jika melihat wajah kucing oren yang comel memang semua orang akan jadi geram, tambah pula jika dia suka sangat buat perkara yang pelik-pelik.

Lepas buat perkara pelik, mula rasa letih dan mahu tidur hampir sepanjang hari.

Tempat paling selesa mestilah dekat tempat yang paling sibuk untuk nampak pelik, kerana itu namanya paling menonjol untuk nampak lebih comel.

Micheal Andreas/Facebook

Seekor kucing bernama Thongdang bukan kucing jalanan kerana dia dipelihara dengan baik oleh tuannya dan dia mungkin boleh dilabel sebagai kucing paling malas di dunia.

Kucing malas ini suka tidur sepanjang hari di atas tempat yang tidak sepatutnya dan dia juga tidak berminat untuk berganjak.

Micheal Andreas/Facebook

Thongdang hanya terbaring di atas laluan lantai sebuah restoran Thai yang sibuk kerana dia tahu dirinya sangat comel.

Aksi Thongdang bermalasan tidur terlentang dengan selamba sambil punggungnya menyembam di atas lantai kayu sebuah restoran di Chachoengsao, Thailand. Sejuk dan sedap sangat, mungkin itu rasanya.

Micheal Andreas/Facebook

Ketika pelayan restoran melintas membawa pinggan dan hidangan panas, Thongdang sedikit pun tidak bergerak atau berganjak, maka semua orang yang lalu-lalang perlu memerhati sambil melangkah si kucing malas yang comel ini.

Micheal Andreas/Facebook

Bos restoran berkata, “Dia ini jenis kucing selamba yang suka lakukan apa sahaja perkara sesuka hatinya dan orang lain layankan sahaja kerenahnya.”

Micheal Andreas/Facebook

“Tetapi kami semua tetap sayangkannya, walaupun dia berbaring di atas lantai itu sepanjang hari dan tidak bergerak,” katanya yang mewakili semua kakitangan restoran itu yang kesemuanya pencinta kucing.

Tonton video di bawah:

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular