Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi pengumuman kes jangkitan Covid-19 harian pada 13 November 2020 (Jumaat) memaklumkan bahawa sebanyak 567 orang penduduk di Lembah Klang telah disahkan positif Covid-19 dalam hari yang sama.

@KKMPutrajaya/Twitter

Jumlah keseluruhan kes positif pada hari yang sama pula dilaporkan adalah sebanyak 1,304 kes dengan 900 kes sembuh, 1 kes kematian, 4 kluster baharu yang dikenalpasti dan 3 kluster yang telah tamat.

Menerusi tweet dari laman Twitter KKM pada petang Jumaat, pihak KKM turut memaklumkan bahawa kes jangkitan selebihnya yang dikenalpasti adalah di tiga lagi negeri iaitu Sabah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. Lembah Klang bagaimanapun didapati telah mendominasi bilangan kes dengan 43% daripada jumlah kes keseluruhan pada 13 November.

@KKMPutrajaya/Twitter

Disamping itu, KKM turut memuat naik tweet yang memaklumkan tentang tiga buah kluster yang menyumbang kepada peningkatan kes baharu di Lembah Klang iaitu Kluster Tapak Bina Damanlela (191 kes), Kluster Hentian (164 kes) dan Kluster Perigi (82 kes).

@KKMPutrajaya/Twitter

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk terus mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan berusaha untuk meminimumkan pergerakan di luar rumah jika tiada urusan penting yang perlu diselesaikan agar kes jangkitan Covid-19 dapat dikurangkan dari empat angka ke angka sifar semula seperti yang pernah dikecapi pada bulan Julai lalu.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular