Apabila dimaklumkan diri diterima sebagai pekerja selepas berusaha memohon, itu namanya ia salah satu nikmat rezeki yang Allah beri kepada kita. 

Dan tanpa dijangka apabila tiba-tiba datang macam-macam perkara di luar jangkaan yang berlaku pada ketika kita sedang mencari rezeki pada hari pertama, itu namanya dugaan atau Allah sedang tunjuk jalan rezeki kita ke arah yang lain.

Tidak kira ketika waktu pandemik atau tidak, Allah sentiasa beri rezeki kepada kita, dengan cara yang tidak disangka asalkan kita sentiasa berusaha, bersabar dan mengucapkan rasa penuh kesyukuran tanpa keluhan.

@dyradyre/Twitter

Kisah seorang gadis yang merupakan seorang doktor gigi ini menjadi tular di laman Twitter, mungkin boleh jadi contoh tentang apa yang mungkin berlaku ke atas diri kita juga dalam masa satu hari. Orang boleh kata nasib malang atau hari malang, tetapi mungkin ramai antara kita boleh berkata ini adalah dugaan dan terdapat hikmah di sebaliknya.

Gadis yang dikenali sebagai Dr Dira menceritakan pengalaman hari pertamanya memasuki alam pekerjaan sebagai doktor gigi di sebuah klinik pergigian.

@dyradyre/Twitter

Dia kemudian secara tidak sengaja telah terlewat masuk bekerja pada hari pertama kerana kad Touch ‘n Go miliknya kehabisan kredit dan terpaksa berhenti seketika untuk menambah nilai.

@dyradyre/Twitter

Selepas itu, Dr Dira menyangka semuanya akan menjadi baik-baik belaka, tetapi timbul pula satu lagi masalah apabila dia secara tiba-tiba mengalami masalah gastrik.

Dr Dira kemudian terpaksa segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan mengambil cuti separuh hari kerana dimasukkan ke dalam wad.

@dyradyre/Twitter

Semasa berada di dalam wad, Dr Dira menerima makluman bahawa dirinya sudah diberhentikan kerja oleh majikannya pada hari yang sama.

Jika dilihat daripada perkongsian Dr Dira, ternyata ia satu situasi pada hari pertama bekerja yang amat menyedihkan, tetapi dia menerima apa yang berlaku kerana jawatan itu hanya pekerjaan separuh masa dan bukan jawatan tetap.

Tidak mengapa Dr Dira, itu namanya bukan rezeki anda di tempat itu, nampaknya di tempat lain. Kira sebagai menimba pengalaman sahajalah untuk menjadi seorang pekerja yang lebih baik dan beretika profesional di masa hadapan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP Kerjaya

Video Popular