Wartawan Fox News, Bret Baier pada 11 November menyedari bahawa keputusan secara tidak tepat telah diunjurkan, melibatkan parti Demokrat yang dikatakan memperolehi lima kerusi di Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS).

Namun Baier turut menyatakan bahawa unjuran Demokrat yang memperolehi majoriti, boleh diterima. “Demokrat telah memperoleh majoiriti di Dewan Perwakilan dengan meraih 218 kerusi”, katanya.

Tambahnya lagi, masih terdapat beberapa ‘perlumbaan’ yang belum ditentukan. Pada malam pilihan raya, Fox News meramalkan dengan tepat bahawa Demokrat akan menguasai Dewan.

“Tetapi mereka juga meramalkan bahawa Demokrat akan menambah lima kerusi untuk majoriti mereka. Ia tidak berlaku, parti Republikan telah memperolehi enam kerusi dengan beberapa perlumbaan yang belum diputuskan”.

Bukan sahaja Baier, malah hos, Martha MacCallum turut menyatakan kenyataan yang sama menerusi rancangan ‘The Story’.

Frederick M. Brown/Getty Images

Seorang jurucakap Fox telah meminta komen, dengan meminta The Epoch Times ke segmen tersebut dan mengatakan bahawa rangkaian tersebut tidak akan mengulas lebih lanjut mengenai masalah ini.

Donald Trump didapati me-retweet semula tweet oleh penyumbang politik American Greatness, Debra Heine yang menulis, “Akhirnya lapan hari selepas pilihan raya, Fox News mengakui bahawa pihaknya secara tidak tepat meramalkan Demokrat akan memperoleh lima kerusi di Dewan Perwakilan”.

Fox menghadapi kritikan susulan liputan pilihan raya, termasuklah unjuran Dewan yang tidak betul dan menjadi salah satu rangkaian yang membuat ramalan bahawa bekas Naib Presiden, Joe Biden telah menang di Arizona.

Walhal Trump telah mengalahkan pencabarnya itu dengan 11,635 undi dengan lebih kurang 25,000 undi yang masih belum selesai. Kempen Trump juga telah menfailkan tuntutan mahkamah di Arizona berhubung dakwaan kiraan jumlah undinya tidak dijadualkan dengan betul.

The Associated Press (AP) juga mengikuti langkah Fox, menyatakan perlumbaan Arizona untuk Biden beberapa jam kemudian, sementara CNN dan NBC masih tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berkenaan dengan pilihan raya di negeri berkenaan.

Parti Republikan di Arizona diwakili oleh jurucakap kempen Trump, Tim Murtaugh pada minggu lalu telah meminta Fox News untuk membatalkan unjuran di Arizona mereka untuk Biden.

Google Maps

“Fox dan AP membuat unjuran secara tergesa-gesa di Arizona (AZ) – sebuah negeri yang Presiden tetap akan menang”, tulis Murtaugh pada 5 November lalu.

Pengumpul undian, Nate Silver daripada FiveThirtyEight juga berkata bahawa AP dan Fox News telah membuat ramalan mereka terlalu awal.

“Saya tidak tahu, saya rasa saya akan menyatakan bahawa Biden akan menang di Arizona jika anda memaksa saya pilih tetapi saya pasti bahawa negeri itu seharusnya tidak diramalkan oleh sesiapa pun. Saya rasa unjuran yang dibuat sebelumnya itu harus ditarik balik”, tulis Silver.

Fox News pada 7 November telah jatuh ke nombor tiga dalam tangga penilaian dan nombor dua secara keseluruhannya untuk minggu pilihan raya di AS.

Fox sebelum ini telah mengetuai perlumbaan penarafan selama bertahun-tahun dan dapat mengekalkan kelebihan mereka dalam penilaian daripada dahulu sehingga kini.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular