Pengorbanan insan bergelar ibu dan bapa sememangnya tiada tandingan. Semenjak daripada bayi lagi, kita dijaga dengan penuh kasih sayang oleh mereka, hinggalah kita dewasa.

Dan apabila tiba masanya untuk kita berbakti kepada mereka setelah mereka tua, setiap anak-anak seharusnya tidak melepaskan peluang ini dan cuba melakukan yang terbaik.

Seorang pengguna TikTok, Ahmad Safuan baru-baru ini berkongsi kisah bagaimana dia cuba untuk menzahirkan kasih sayang terhadap bapanya.

Ahmad Safuan/TikTok

Bapa Safuan difahamkan mempunyai penyakit jantung, di mana bapanya itu tidak boleh tidur secara berbaring kerana ianya akan membuatkan bapa Safuan berasa sesak nafas.

Oleh itu, dia hanya tidur di kerusi malas sahaja. Namun menurut Safuan, bapanya sudah beberapa hari tidak dapat tidur dengan lena.

Berikutan ketidakselesaan yang dirasa, bapa Safuan kemudian telah menunjukkan foto kerusi malas yang dirasakan agak selesa buatnya.

Ahmad Safuan/TikTok

Oleh yang demikian, Safuan berniat mahu memberikan kejutan istimewa buat bapanya dengan membeli kerusi yang dimaksudkan.

Bukan mudah Safuan mencari kerusi itu di kedai perabot kerana dia telah pergi ke 2-3 kedai perabot namun tiada kerusi yang diinginkan.

Ahmad Safuan/TikTok

Akhirnya, Safuan berjaya menemui kerusi malas yang diinginkan bapanya! “Alhamdulillah, jumpa macam yang Abah nak”, luah pemuda berkenaan.

Ahmad Safuan/TikTok

Selepas kehilangan kerja tatkala pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Safuan mula berniaga ‘choco jar’.

Walaupun berada dalam PKPB, dia bersyukur kerana masih diberikan rezeki. “Rasa bersyukur dapat beli dengan duit sendiri”, tulis Safuan.

Ahmad Safuan/TikTok

Sepulangnya dia, alangkah hibanya hati Safuan apabila melihat bapa kesayangan berada di atas lantai, kelihatan seperti tidak cukup tidur.

“Masa bawa masuk kerusi, Abah senyum sampai ke telinga. Tak sabar nak guna”, tambah pemuda itu lagi.

Kerusi itu ternyata selesa buat bapanya dan sudah pasti pemberian kerusi itu amat disukai oleh bapa Safuan. “Terima kasih abang”, ucap bapanya.

Ahmad Safuan/TikTok

Safuan kemudian mengakhiri perkongsiannya itu dengan meminta netizen untuk mendoakan agar bapanya kembali sihat.

“Saya ada banyak lagi kejayaan nak capai dengan Abah”, akhirnya.

Semoga dipermudahkan segala urusan buat kedua-duanya. Ternyata, rezeki itu datang bergolek sekiranya kita memuliakan ibu bapa. Syabas Safuan!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular