Zaman kanak-kanak merupakan zaman yang paling menggembirakan. Pasti banyak kisah menarik dan melucukan jika kita imbas kembali segala memori sewaktu kita masih kecil. Kenangan bermain bersama rakan-rakan, belajar menunggang basikal, memanjat pokok ceri, membuat kuih raya dan pelbagai lain kenangan lain pasti akan mencuit hati dan mengusik jiwa anda.

Segala parut yang ada di badan kita juga kebanyakannya datang daripada aktiviti-aktiviti yang kita buat semasa kecil. Masakan tidak, pada zaman inilah kita tidak memikirkan apa-apa kecuali bermain. Sehingga ada yang sering dimarahi ibu bapa kerana terlalu ligat bermain di luar!

Baru-baru ini tular di Twitter mengenai video sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain. Menerusi video berdurasi 37 saat itu, dilihat seorang kanak-kanak lelaki sedang melakukan persiapan untuk menuruni bukit dengan menggunakan tayar motosikal.

Dengan badannya yang kecil dan kurus, kanak-kanak lelaki ini telah ‘menggulungkan’ dirinya ke dalam ruang di dalam tayar berkenaan lalu berguling-guling menuruni bukit. Seronok betul melihat kanak-kanak ini bermain sebegitu rupa. Laju dan stabil! Agaknya dia sudah biasa bermain seperti itu sehingga kelihatan begitu mahir mengendalikan tayar berkenaan.

Lebih mengagumkan lagi, pada detik ke-24, kanak-kanak ini dilihat membuat pusingan U dan menggulingkan dirinya sekali lagi. Tetapi kali ini, dia mendaki bukit berkenaan. Ini adalah satu kemahiran dan memerlukan kekuatan yang tinggi!

Turut kedengaran suara kanak-kanak lain yang menjadi penonton bersorak riang melihat aksi yang dipamerkan oleh kanak-kanak lelaki berkenaan. Bagaimana dia lakukannya dengan begitu sempurna? Kalau kita yang buat, belum sampai ke bawah lagi kita sudah jatuh terguling kerana pening.

Video yang dimuat naik oleh @dewdrop_22 pada 5 November lalu sehingga kini telah berjaya meraih 27,500 jumlah tontonan! Sememangnya membuatkan ramai terhibur dan mengenang kembali zaman kecil masing-masing. Ramai juga yang memberikan komen dan memuji ketangkasan kanak-kanak tersebut.

“Saya rindu kenangan ketika melakukan perkara merepek seperti ini”

“Berikan pingat untuk kanak-kanak ini!”

“Kalau saya, saya dah pening sebelum sampai ke hujung jalan”

Maybe you're interested :

Share

Video Popular