Jika ditanya kepada pemilik haiwan apakah antara perkara sukar yang perlu mereka lalui bersama haiwan mereka, pasti ada yang menjawab apabila mereka terpaksa berpisah dengan haiwan kesayangan.

Ada yang terpaksa pulang ke asrama, ada pula yang perlu kerja di luar kawasan selama berhari-hari dan biasanya haiwan kesayangan mereka perlu ditinggal di rumah ketika mereka keluar bekerja.

Sama seperti orang lain, seorang pemilik anjing, Zhang juga perlu keluar bekerja setiap hari. Walaupun keberatan dia terpaksa meninggalkan anjingnya bersendirian di rumah dan baru-baru ini dia telah memuat naik sebuah video yang menunjukkan anjingnya tetap setia menunggu kepulangannya dari tempat kerja.

Apa yang berlaku ialah anjing kesayangannya yang bernama Pi Dan itu telah berdiri di tepi tingkap sejak pagi dan menunggu kepulangannya selama 10 jam lamanya!

YouTube

Rakaman itu diambil melalui kamera keselamatan di rumah. Rakaman menunjukkan Pi Dan yang berusia 1 tahun itu sepertinya tidak berhenti menunggu tuannya di tepi tingkap. Dia kelihatan tidak sabar menanti kepulangan Zhang ke rumah.

Melihat semula video rakaman tersebut, Zhang memberitahu bahawa biasanya Pi Dan akan menghabiskan waktu paginya di tepi tingkap. Kadang-kala dia akan tertidur sebentar pada sebelah petang. Zhang mengakui yang dia sendiri tersentuh melihat video tersebut tetapi dia tiada pilihan lain dan terpaksa meninggalkan Pi Dan di rumah.

YouTube

“Saya berusaha sebaik mungkin untuk membawanya ke mana sahaja untuk bermain pada hujung minggu dan pada hari cuti. Saya juga ada terfikir untuk memelihara anjing lain, tetapi saya bimbang mereka berdua akan menunggu saya. Saya akan lebih patah hati, ” ujar Zhang lagi.

YouTube

Rakaman itu kemudian tular di media sosial. Ramai pemilik haiwan di luar sana turut mengakui bahawa mereka juga merasa kurang senang apabila terpaksa meninggalkan haiwan kesayangan mereka di rumah.

Ada memberitahu bahawa mereka adakalanya berasa berdosa kerana terpaksa meninggalkan haiwan mereka di rumah. Dan ada juga yang memberitahu bahawa anjing mereka juga sama seperti Pi Dan, yang akan menunggunya pulang dari kerja setiap hari.

Lihat rakaman ketika Pi Dan menunggu tuannya seharian:

YouTube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular