Pegawai tertinggi pilihan raya Pennsylvania mengumumkan pada 10 November lalu bahawa terdapat kira-kira 10,000 kertas undi pos telah diterima dalam tempoh tiga hari ketika pemilihan telah pun tamat.

Selain mendedahkan jumlah kertas undian yang diterima selepas 3 November, Setiausaha Negara, Kathy Boockvar mengatakan bahawa pegawai pemilihan Pennsylvania telah menerima 94,000 kertas undian sementara.

Dan juga sebanyak 49,000 kertas undian pos telah pun tiba sebelum hari pemilihan ditamatkan dan ianya masih lagi sedang dikira.

“Di peringkat daerah telah melakukan usaha kiraan yang mengagumkan dan kini sedang meneliti kertas undian sementara. Masing-masing perlu dipertimbangkan secara individu”, jelas Boockvar.

Kertas undian pos yang tiba selepas hari pilihan raya dalam tuntutan Republikan, telah mencabar kesahihan lanjutan tarikh akhir oleh pentadbiran kerajaan Demokrat, Gabenor Tom Wolf.

Mahkamah Agung negeri bersetuju untuk melanjutkan tempoh itu atas bantahan penggubal undang-undang Republikan, sekaligus mendorong parti Republikan untuk mengemukakan petisyen ke Mahkamah Agung AS.

Spencer Platt/Getty Images

Ia pada awalnya ditolak dan parti Republikan kemudiannya mengemukakan rayuan. Pihak mahkamah difahamkan menolak untuk mempertimbangkannya sebelum pilihan raya, di mana ia membuka peluang untuk perkara itu dipertimbangkan di kemudian hari.

Sementara itu, Pittsburgh Tribune-Review melaporkan bahawa pilihan raya Pennsylvania memilih untuk mengira 2,349 kertas undi pos di daerah Allegheny yang tidak mempunyai tarikh pada sampul kertas undian.

“Ia dilakukan tepat pada waktunya, terima kertas undi, membuat undian lalu memulangkannya semula lengkap dengan tandatangan, nama, alamat namun satu-satunya perkara yang tertinggal adalah tarikh”, kata Peguamcara Daerah, Andrew Szefi.

“Ianya diterima tepat pada masa dan mesin pengundian kami telah mengecap tarikh terima pada setiap sampul kertas undian ketika diimbas”, jelas beliau.

Lembaga Pemilihan yang dianggotai oleh pegawai daerah Allegheny, Rich Fitzgerald dan juga ahli majlis, Sam DeMarco dan Bethany Hallam, memutuskan untuk mengira undi tersebut, dengan DeMarco menolak.

DeMarco menjelaskan bahawa beliau akan mengikuti undang-undang negara yang menetapkan bahawa sampul kertas undi mesti mempunyai tarikh.

Rachel Wisniewski/Reuters

Kempen Trump mengemukakan tuntutan terhadap Boockvar dan tujuh pegawai daerah di Allegheny, Centre, Chester, Delaware, Philadelphia, Montgomery dan Northampton dengan dakwaan hampir setiap aspek kritikal dalam pilihan raya negeri itu ditutupi dengan kerahsiaan.

Dikatakan bahawa proses pemilihan Pennsylvania telah melanggar Perlembagaan dengan mewujudkan standard pengesahan dan ketelusan yang berbeza untuk pengundi melalui pos dan undian biasa, serta perlakuan yang berbeza terhadap pengundi dan pemerhati pengundi daripada parti Republikan dan Demokrat.

“Di daerah Philadelphia dan Allegheny, lebih 682,000 kertas undian pos yang dijadualkan di luar pandangan pemerhati kami yang berhak untuk meninjau kertas undian tersebut”, kata penasihat undang-undang kempen Trump, Matt Morgan pada sidang media pada 9 November.

Morgan mengatakan bahawa angka Pennsylvania ‘sangat dekat’ dengan peraturan penghitungan semula automatik di negara itu dan tuntutan itu dapat mengubahnya.

Penghitungan semula secara automatik dibuat jika margin kemenangan kurang atau bersamaan dengan 0.5%, tetapi ia harus diarahkan oleh setiausaha negara selewat-lewatnya jam 5 petang pada hari Khamis kedua selepas pilihan raya.

Pengarah komunikasi kempen Trump, Tim Murtaugh mengatakan bahawa beliau yakin tuntutan terbaru kempen yang diajukan di Pennsylvania akan berlaku.

Tuntutan undang-undang di Pennsylvania adalah antara tentangan undang-undang untuk pilihan raya 2020 yang dilancarkan oleh Trump dan sekutu Republikan, yang menuduh berlakunya penyelewengan terhadap undian.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular