Umum sedia maklum akan khasiat susu untuk tubuh badan manusia, di mana ia turut mendatangkan manfaat untuk kebaikan kulit kita.

Namun jika berendam dan mandi susu di kilang yang menghasilkan susu serta memutuskan untuk merakamkannya, maka ia bukanlah satu tindakan yang bijak! Pengotornya..

Baru-baru ini, sebuah kilang tenusu di Turki telah ditutup selepas satu rakaman video dimuat naik di media sosial yang menunjukkan seorang pekerjanya mandi dan berendam di dalam susu.

@nedenttoldu/Twitter

Video pendek itu jelas menunjukkan seorang lelaki duduk di dalam satu tab yang dipenuhi dengan susu lalu individu itu dilihat mencedok susu itu menggunakan bekas lalu menyirap kepalanya.

Berdasarkan laporan, video itu dirakam di sebuah kilang susu yang terletak di Anatolia oleh Ugur Turgut, di mana individu yang melakukan tindakan itu dipercayai rakannya, Emre Sayar.

Sehubungan tularnya video itu di aplikasi TikTok, kedua-dua mereka difahamkan telah ditangkap. Ia ternyata menimbulkan amarah penduduk tempatan ekoran bimbang bekalan susu di kilang itu telah tercemar.

@nedenttoldu/Twitter

Dalam pada itu, pihak kilang mengatakan bahawa pekerja tersebut telah ditamatkan kontraknya setelah kejadian berkenaan.

Menurut sumber, tindakan Emre tersebut bukanlah mandi susu sebaliknya adalah campuran air dan cecair pembersih sebenarnya

@nedenttoldu/Twitter

Video berkenaan dipercayai hanya bertujuan untuk mencemarkan nama baik syarikat tersebut selain menambah bahawa cecair pembersih itu digunakan untuk mencuci dandang di kilang berkenaan.

Walau bagaimanapun, siasatan difahamkan akan tetap dilakukan terhadap syarikat tersebut sementara kilang berkenaan ditutup.

Kilang itu turut dikenakan denda kerana dakwaan ia beroperasi dalam keadaan yang membahayakan kesihatan manusia.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL VIDEO

Video Popular