AMERIKA SYARIKAT – Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg didakwa melaburkan sejumlah wang yang besar di beberapa negeri selain memberikan ‘imbuhan’ kepada hakim bertujuan untuk mempengaruhi keputusan pengundian pilihanraya yang berlaku pada pertengahan Oktober lalu.

Menurut laporan The World Tribune, pihak Pennsylvania Voters League telah memfailkan tuntutan saman di Mahkamah Daerah Pennsylvania pada 19 Oktober lalu dan menuduh Mark Zuckerberg telah memberikan sebanyak USD 10 juta (RM41 juta) kepada CTCL. CTCL merupakan sebuah organisasi yang mempunyai perkaitan rapat dengan Barrack Obama. 

Dana tersebut dikatakan bertujuan untuk membolehkan Philadelphia membuka sekurang-kurangnya 800 pusat undian baharu di samping memberikan imbuhan kepada hakim mahkamah. Malah, pemberian sumbangan itu juga dilaporkan untuk membolehkan mereka ‘mengawasi proses pengiraan undi dan mengelakkan sebarang percanggahan di dalam hasil keputusan pengiraan undian’.

Mark Zuckerberg didakwa telah berjanji untuk melaburkan sebanyak USD 350 juta (RM1.44 bilion) kepada CTCL bagi menyelesaikan isu kakitangan, latihan dan dana peralatan yang diperlukan oleh kerajaan tempatan semasa sesi pilihanraya. Perkara ini dikuatkan lagi dengan kenyataan bekas peguam negeri Kansas iaitu Phill Kline yang menyatakan bahawa Mark telah menggunakan saluran berkenaan untuk memberikan jumlah dana yang banyak bagi meningkatkan jumlah undi penyokong Parti Demokratik sekali gus mempengaruhi keseluruhan keputusan pilihan raya.

Media turut melaporkan bahawa selain Pennsylvania, Wisconsin turut dilaporkan menerima sumbangan dana sebanyak USD 300 juta (RM1.23 bilion) sebelum sesi pilihan raya diadakan.

Sementara itu, Ketua Parti Republik Missouri iaitu Ed Martin menjelaskan, “Pada masa ini, terdapat penyelewengan dalam pilihan raya di Pennsylvania dan Philadelphia. Kemungkinan besar akan ada lagi kes lain. Facebook dan syarikat media sosial serta teknologi yang lain mempunyai kuasa besar. Kita sedang berperang dengan orang kita sendiri. Kita harus berasa bimbang akan perkara ini”.

“Syarikat teknologi besar mahukan lebih banyak pengaruh. Mereka tidak menyangka Donald Trump akan membiarkan mereka bertindak sepertimana yang mereka lakukan sebelum ini tanpa menerima hukuman yang setimpal. Justeru, mereka mahukan pemimpin lain”.

Jelas Martin lagi, “Syarikat teknologi besar dan media jelas memilih siapa yang mereka mahu menjadi presiden dan sistem kami tidak akan membenarkan perkara ini daripada berlaku. Kita harus mengubah status quo”.

Selain Mark, Ketua Pegawai Eksekutif Twitter iaitu Jack Dorsey turut dipanggil oleh Jawatankuasa Kehakiman Senat untuk menghadiri perbicaraan. Hal ini kerana pihaknya didakwa telah melakukan beberapa tindakan seperti menekankan kebebasan bersuara, menyekat laporan mengenai skandal Biden selain mendedahkan penipuan yang berlaku semasa pilihan raya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular