Ketika membaca artikel ‘Cinta Ibu Tenggiling’ yang dimuat naik di WeChat, ia akan membuat sesiapa sahaja termasuk mereka yang berhati sekeras batu, untuk berasa tersentuh.

Artikel ini adalah mengenai seorang rakan kepada pegawai kerajaan di China bersama rakan sekerja lain yang melakukan perjalanan ke sebuah bandar untuk menjamu selera.

Mereka melihat beberapa orang peniaga yang menjual tenggiling di pasar, menyembelih mereka secara tidak berperikemausiaan dan memanggangnya sebagai juadah. 

Pelanggan yang berminat harus menyaksikan tenggiling yang masih hidup dibiarkan mati secara kejam demi dijadikan sebagai makanan eksotik istimewa. Keseluruhan proses itu dalam babak seterusnya, telah mengubah persepsi rakan ini dengan konsep asalnya kerana dia tiba-tiba menangis.

Unsplash/Gambar Hiasan

Dikatakan setelah ditangkap, tenggiling biasanya akan melengkungkan tubuh mereka dengan erat kepada posisi melingkar kerana rasa ketakutan atau naluri pertahanan diri.

Prosedur pembelian tenggiling pada ketika itu adalah seperti berikut. Setelah pembeli memilih tenggiling, penjual dapat meluruskan badan tenggiling secara paksa, membelah perutnya hidup-hidup, mengeluarkan organ dalaman dan membuangnya dari badan. Penjual itu akan membersihkan keseluruhan badan, dan kemudian meletakkannya di atas pemanggang dengan klip besi untuk memanggang keseluruhan badan tenggiling. Pada ketika itu, keseluruhan kulit keras atau sisiknya akan jatuh berderaian.

Rakan ini diperkenalkan dengan peniaga pada hari itu yang mana bekalan tenggilingnya nampak banyak. Dilihat kurungan dipenuhi dengan berpuluh ekor tenggiling dengan ukuran berbeza. Pegawai-pegawai itu memilih beberapa ekor tenggiling dan mendakwa diri akan menjadi lega sekiranya mereka menyaksikan penyembelihan secara langsung. 

Lelaki penjual tenggiling itu mengambil yang paling gemuk dan bersedia dengan kerja profesionalnya untuk meluruskan badan tenggiling yang masih hidup. Setelah mengambil masa yang lama, dia masih tidak dapat menarik badan tenggiling yang melengkung itu. 

Semua orang yang menyaksikan berasa pelik. Peniaga itu tiba-tiba menjadi malu kerana kemahirannya meluruskan badan tenggiling seperti diperlekehkan, jadi dia melemparkan tenggiling itu ke tanah berulang kali, sambil menjelaskan bahawa tenggiling akan meregangkan badannya ketika dia sedang dalam kesakitan. 

Seperti tidak mahu dilemparkan sebanyak beberapa kali, kelihatan mata kecilnya yang pada mulanya terasa amat takut, namun telah lama tertutup. Darah merah bersinar berjujuran dari sudut mulutnya yang runcing, tetapi badannya yang melengkung itu tetap tidak mahu dibuka, bahkan melengkung lebih erat dengan nyawanya hampir sampai ke penghujung.

Semua yang menyaksikan tidak sanggup melihatnya lagi, jadi mereka melambaikan tangan untuk menyerah sahaja, tidak perlu lagi menyeksa haiwan ini.

Lelaki si penjual tenggiling itu tidak mahu mengalah. Lantas dia mengambil penyepit besi dan meletakkannya di atas pemanggang untuk dibakar. Apabila semua kulit keras telah hilang terlerai dan bau terbakar meresap, tenggiling itu tetap utuh melengkungkan badan. 

Kini peniaga itu sudah tidak tahu untuk berbuat apa lagi, lalu dia menggelengkan kepalanya dengan rasa tidak berdaya di hadapan pelanggan-pelanggan ini, sambil berkata, “Tenggiling ini pasti bermasalah, jadi tidak boleh dimakan.”

Kemudian dia melemparkan tenggiling itu ke atas tanah berpasir di belakangnya. Untuk dua pilihan tenggiling yang berikutnya, kerja penyembelihan berjalan dengan lancar dan selesai dalam masa kurang lima minit.

Epoch Times

Rakan ini terus berkata mereka akan tetap membayar untuk tenggiling itu, tetapi berasa amat terkejut apabila menyaksikan tenggiling tersebut telah dilemparkan berkali-kali dan dibuang ke tanah untuk meluruskan badannya. Tenggiling ini semakin tidak berdaya lalu menutup matanya, kemudian dia menjadi kejang dan kaku.

Seterusnya tenggiling kasihan ini menghembuskan nafas yang terakhir. Semasa tubuhnya meregang selepas tewas dalam pertarungan itu, semua orang yang melihat berasa amat terkejut memerhatikan di atas perutnya yang sudah merata, sebenarnya terdapat tenggiling lain yang berwarna merah jambu, kecil berlutsinar dengan berukuran sebesar tikus. 

Tali pusat anak tenggiling ini masih tersambung erat dengan rahim ibunya, dan mulutnya yang kecil kedengaran berbunyi terkumat-kamit, seolah-olah memanggil ibunya secara senyap. 

Adegan tragis yang mengejutkan semua orang. Dalam sekelip mata, rakan ini dapat merasakan darah sendiri mengalir di seluruh tubuh dan jantung berdegup kencang dengan semua rerambut di atas tubuh badan menjadi meremang. Secara spontan air mata tiba-tiba bergenang di mata. 

Tenggiling betina beratnya tidak sampai 10 kilogram, tetapi dia dipukul dan dibakar dengan kejam untuk daging dan darahnya, dan pada ketika itu, dia tetap menjaga serta melindungi keselamatan anaknya sehingga ke titisan darah yang terakhir. Kekuatan naluri keibuan yang sudah melampaui batas kehidupan.

Ya, tenggiling ini sanggup menahan rasa kesakitan yang maha dahsyat, daya tahan yang melangkaui rasa kesakitan untuk seorang manusia merasa. 

Ketika malapetaka semakin hampir menimpa dirinya, ibu ini tetap melindungi janin di dalam perutnya. Seekor tenggiling menahan segala kekejaman yang diperlakukan ke atasnya secara teruk. Rasa kesakitan di hati, menahan rasa dibakar hidup-hidup yang sudah semestinya amat menyakitkan apabila daging terbakar selepas sisik terlerai.

Rasa sungguh sakit yang tidak dapat dibayangkan! Dalam proses ini, seekor tenggiling menunjukkan adegan tragedi kasih ibu yang tulen kepada manusia atau haiwan yang pernah menderita menahan rasa kesakitan.

Hakikatnya, kebanyakan haiwan dengan naluri keibuannya akan mempertahankan anak-anak dengan nyawa sendiri demi menjaga keselamatan mereka. Di kawasan savanah Afrika, ketika anak lembu diancam oleh singa, si ibu akan mempertaruhkan nyawanya dan bergegas melindungi anak sendiri tanpa rasa putus asa, sungguhpun dia telah parah terluka. 

Ketika anak badak air hampir diserang buaya yang ganas, si ibu yang dilahirkan sebagai pemakan tumbuhan dan tidak pernah menyakiti haiwan lain, akan membuka mulutnya untuk menghancurkan buaya itu hingga mati demi melindungi anak-anak.

Pixabay/Gambar Hiasan

Kebanyakan haiwan nampak ganas dan kejam, tetapi mereka memperlakukan anak-anak menurut naluri keibuan dan berkasih sayang dengan penuh kelembutan. Haiwan ini akan menjaga anak-anak mereka dengan teliti dan berhati-hati sehingga sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri sekiranya perlu.

Kasih ibu haiwan begitu tulus dan murni, dan kasih ibu manusia sudah tentu perlu bertambah lagi dengan kemurahan hati serta rasa pengorbanan. Ada yang berkata kasih sayang ayah itu seperti gunung, dan kasih sayang ibu itu seperti air. Dikatakan juga kasih ibu adalah seperti payung, walaupun sudah uzur atau tua, ia masih dapat memberi pelindungan berpanjangan walau hujan ribut melanda. Kasih ibu dalam diam dan walaupun secara senyap, namun ia masih tetap mendebarkan.

Seorang rakan bercerita, ketika zaman kemelesetan di China, beribu rakyatnya meninggal dunia akibat kebuluran. Seorang ayah telah disalah tafsir sebagai tuan tanah tidak berperikemanusiaan dan dia tidak dapat menahan kesakitan fizikal dan tekanan mental ekoran dikritik sepanjang hari. Jadi dia keluar dari kampung pada waktu malam dan pergi ke Beijing untuk membuat petisyen melaporkan keluhannya. 

Ketika ketua keluarga ini tiada di rumah, keluarganya telah kehabisan makanan selama beberapa hari, dan akhirnya si ibu berjaya mendapatkan bekalan sedikit tepung jagung, yang cepat dimasak dan mengenyangkan perut anak-anak sedang kelaparan, tetapi mangkuk juadah menjadi licin ketika sampai giliran untuk si ibu menjamahnya.

Pada akhirnya, ketika anak-anak telah selesai makan, si ibu membilas mangkuk yang dimakan oleh anak-anak dengan air dan dia meminum air bilasan itu. Anak-anak tidak dibiarkan kelaparan, namun si ibu sering pengsan di ladang tanaman tempat di mana dia bekerja mencari nafkah untuk keluarganya.

Pixabay/Gambar Hiasan

Menjadi lumrah, seorang ibu juga berani berkorban sehingga sanggup menyerahkan nyawa sendiri demi keselamatan anak-anak ketika mereka berada dalam bahaya. 

Kasih ibu tenggiling ini amat menyentuh hati, kasih sayang ibu haiwan lain juga turut menyentuh hati, dan kasih ibu dalam kehidupan manusia juga lebih menyentuh hati. 

Kasih sayang ibu adalah ciri biasa dalam kehidupan apa pun kerana kisah kasih ibu bagai sebuah lagu kegemaran yang sering berkumandang di dalam fikiran setiap kita.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular