Jika anda merupakan seorang pemilik kucing, anda pasti pernah berhadapan dengan situasi di mana kucing peliharaan anda akan membawa lipas, bangkai tikus, daun dan sebagainya ke dalam rumah sebagai ‘hadiah’.

Meskipun kucing sentiasa diberi makanan, namun naluri semula jadi mereka untuk memburu masih ada dan akan membawa pulang hasil buruannya itu untuk dikongsikan bersama tuan tercinta.

Baru-baru ini tular di laman sosial Twitter mengenai seekor kucing comel yang sedang bermain dengan seekor cicak. Menerusi video berdurasi 25 saat itu, dapat dilihat dengan jelas bagaimana kucing ini sedang berada di celahan pokok sambil mengganggu cicak yang sedang bertenggek di daun tersebut.

Dalam sesaat sahaja, cicak berkenaan yang mungkin merasakan dirinya terancam telah bertindak menggigit bahagian hidung kucing tersebut dan membuatkan kucing itu terkejut! Lihatlah reaksi kucing itu sebaik sahaja merasai kekuatan gigitan seekor cicak. Sungguh menghiburkan!

Video yang dikongsikan oleh pengguna Twitter bernama @FXTVT itu telah berjaya menarik perhatian majoriti warganet yang kemudiannya memberikan pelbagai komen. Ada yang kasihan dengan nasib kucing itu dan ada juga yang mentertawakan reaksi lucunya.

“Aduhai kasihannya. Macam kuat sahaja cicak itu gigit”

“Oh Tuhan kelakarnya HAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHA”

“Jangan ingat cicak kecil takut dengan kucing ya”

Siapa menyangka cicak ini mampu melancarkan serangan yang pastinya akan membuatkan si comel itu fobia setiap kali melalui daun pokok berkenaan. Kasihan, selepas ini jangan nakal-nakal lagi ya Comel?

Maybe you're interested :

Share

Video Popular